Penjelasan kenapa Perkasa gunakan angpow putih.

Perkasa menegaskan pihaknya menggunakan sampul angpow warna putih pada majlis rumah terbuka pertubuhan itu semalam dengan niat baik atas alasan "putih itu bersih, putih itu suci dan putih itu ikhlas.

"Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa tidak menukar kepada warna lain sebab tidak tahu sampul warna putih lazimnya digunakan dalam majlis-majlis kematian. Perkasa mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina yang pertama di ibu negara semalam. Presidennya Datuk Ibrahim Ali dilaporkan memberikan angpow kepada hadirin dengan menggunakan sampul berwarna putih dan ia menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat Cina.

"Kalau kami tahu kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain."Itu pasal sesuatu tempat perlu masyarakat majmuk supaya faham budaya antara satu sama lain," katanya sambil menambah, "kita  mengaku tidak tahu hal itu berkaitan warna sampul angpow.."Bagaimanapun kata Syed Hassan, mereka kini sudah faham dan jelas mengenai budaya masyarakat Cina."sekarang bila sudah adakan majlis seperti itu baru kita faham. Kita tidak ada niat untuk tujuan lain apa lagi menghina. Sebab itu pentingnya kekalkan penempatan penduduk pelbagai kaum agar semua faham budaya antara mereka," kata beliau lagi.-SH

4 comments:

Anonymous said...

Ya Tuhan macamna boleh jadi macam ni. Jangan kata tak tau. Malu besar. Saya belajar pasal ang paow putih ni masa sekolah rendah dahulu.

Anonymous said...

Ya Tuhan macamna boleh jadi macam ni. Jangan kata tak tau. Malu besar. Saya belajar pasal ang paow putih ni masa sekolah rendah dahulu.

Anonymous said...

jangan terikut-ikut sangat cara orang kafir. warna putih warna yang suci.

Anonymous said...

Takpa la... kesilapan hanya sekali dan yang wat majlis tu dibuat oleh PERKASA untuk pertama kali... sekurang2 PERKASA akan tau kesilapan dan mengakuinya. Mungkin dengan cara ini akan memberi pengajaran yang amat berguna dan akan mengenal adat2 kaun cina kepada orang melayu..tak payah la membesarkan isu ini..yang penting IKHLAS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...