Bantahan Dewan Pemuda Islam Terhadap AC Mizal

Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak. 
Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor. Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat). 
Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan. “Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
A.S nak kata, berkemungkinan ada alasan yang rasional dari kerajaan Perak dalam perlantikan AC sebagai duta pelancongan perak. DS Zambry kalau boleh beri penjelasan dengan jelas kewajaran perlantikan ini lagi bagus.
Rezeki masing-masing, tak perlulah kita dengki atau iri hati dengan tuah yang diterima oleh orang lain.

4 comments:

Anonymous said...

Saya orang Johor.Hairan jugak saya kenapa anak Perak tidak dilantik sebagai Duta Pelancongan tu? Takkan lah tiada anak Perak yang layak untuk tugas itu.Lagipun AC Mizal tu sesuai ke untuk jawatan Duta Pelancongan ? Pilihlah orang yang benar-benar layak,jangan bergantung pada glamour aje !

Anonymous said...

Betul..betul...ape ke hel nya ambik orang bukan negeri Perak.Ini dah kelabu mata dah penganjur ni.Ambil Jmal Abdillah....setuju.

Unknown said...

Dewan pemuda islam tiba2 prihatin isu ni? Lebih baik tumpu isu Anwar sokong Israel...

NURUL IZZAH LEBIH SUKA SOKONG ISRAEL & GAY DARI MANGSA RIBUT LEMBAH PANTAI Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

ayah Ac Mizal kan org Perak. Lagipun Ac Mizal Kelahiran Pahang, bukannya Johor....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...