Student biadap nak bom heli PM datang ke Nibong Tebal dicekup!


Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook.Difahamkan, penuntut berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.

Antaranya penuntut itu menulis, "Najib datang ke kampus... mari bom helikopter beliau."Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pelajar itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas kenyataanya itu dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur-unsur jenayah."Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan isi kandungan blog itu di Balai Jelutong," katanya dalam kenyataan media hari ini.Menurutnya, bagi membantu siasatan lanjut, pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang kira-kira jam 1.30 tengah hari.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan beliau akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok.

2 comments:

Dot said...

if he's under government scholarship, just rip it off from this ungrateful #%$@#$%##@!!!

we never insist any killing upon the opposition leaders no matter how much we hate them but pr's followers can simply voice out their evil desires without any kind of respect!

can we rely on these young hooligans to lead our beloved country in future??? i see no good in them! only their hatred's getting worse day by day...
wonder what & where have they learnt all these negative values??! who ever has sewn into them the hatred seeds would be regretting it a lot in future because this type of ungrateful lot will never hesitate to kill their own flesh & blood, too, if they are desperate enough!

pray that Allah will always keep us in peace!

Anonymous said...

Product of Pakatan Rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...