Proton Boleh! 
Jika orang luar menghargainya, mengapa tidak kita? JAKARTA – Untuk pertama kali sejak Proton mula memasarkan jualan keretanya di Indonesia, pesanan pelanggan pada tahun ini melebihi bekalan tersedia sehingga menyebabkan mereka perlu menunggu dua bulan dan model yang mendapat sambutan hangat ialah Exora Star. 
Sejak
 model itu dilancarkan di Jakarta pada bulan Jun lalu, PT Proton Edar 
Indonesia telah menjual kesemua 350 unit dalam stoknya dan 200 unit lagi
 yang dipesan pelanggan sejak Ogos hanya dapat diserahkan kepada pembeli
 pada bulan ini. 
Pengurus
 Besar Pemasaran Proton Edar Indonesia Mazlan Mohd Zain berkata jaminan 
belian balik oleh Proton, harga yang kompetitif berbanding model sejenis
 dari jenama lain serta sokongan institusi kewangan dalam bentuk tawaran
 skim pinjaman menarik, telah membantu meningkatkan jualan Exora di 
Indonesia. 
Jaminan
 belian balik Proton telah mendorong syarikat kewangan menawarkan jumlah
 pinjaman lebih besar kepada pelanggan dan mereka kini cuma perlu 
membayar wang pendahuluan antara 15 dan 20 peratus daripada harga 
kereta, katanya kepada Bernama di sini. 
Dengan
 kadar faedah antara 5.0 hingga 7.0 peratus, pembeli kereta Proton turut
 menikmati kemudahan ansuran bayaran balik pinjaman dalam tempoh lima 
tahun. 
Sebelum
 ini, pembeli perlu membayar wang pendahuluan antara 30 dan 40 peratus 
dan ansuran pinjaman perlu dilunaskan dalam tempoh tiga tahun dalam 
kebanyakan kes atau maksimum dalam masa empat tahun. 
“Sejak
 April lalu, kami telah menjual 2,500 unit kereta Proton pelbagai model 
dan 60 peratus daripada jualan itu ialah dari model Exora,” katanya. 
Syarikat itu menyasarkan untuk menjual 1,500 unit model Exora untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012. 
Ia
 merupakan sebahagian daripada sasaran penjualan 5,000 unit kereta 
Proton pelbagai model untuk tahun kewangan 2011-2012 syarikat itu. 
Mazlan
 berkata syarikat itu memasarkan tiga variasi Exora di Indonesia iaitu 
Exora Star yang menggunakan transmisi manual, Exora Supreme, yang 
menggunakan transmisi automatik serta Exora President, yang merupakan 
model mewah yang diubah suai ruang dalamnya mengikut selera pelanggan. 
Proton
 Edar Indonesia kini telah membuka 18 pusat jualan dan lebih 30 pusat 
servis di bandar-bandar besar di Indonesia. – BERNAMA 
 | 
Syabas! Jualan Kereta Proton Di Indonesia Melonjak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
Adakah anda kewangan dihimpit? Adakah anda memerlukan wang untuk mendapatkan hutang atau memulakan business.Here adalah satu peluang bagi anda untuk mendapatkan masalah anda diselesaikan, sebagai
Peminjam bechmark kini menawarkan pinjaman kepada setiap orang perlukan sebagai rendah kerana kadar faedah 3%, hubungi kami hari ini
resortslendinggroup@gmail.com
TAWARAN PINJAMAN MAMPU PAKAI SEKARANG DI KADAR FAEDAH A RENDAH
Post a Comment