Syabas! Jualan Kereta Proton Di Indonesia Melonjak

Proton Boleh!
Jika orang luar menghargainya, mengapa tidak kita?

JAKARTA – Untuk pertama kali sejak Proton mula memasarkan jualan keretanya di Indonesia, pesanan pelanggan pada tahun ini melebihi bekalan tersedia sehingga menyebabkan mereka perlu menunggu dua bulan dan model yang mendapat sambutan hangat ialah Exora Star.

Sejak model itu dilancarkan di Jakarta pada bulan Jun lalu, PT Proton Edar Indonesia telah menjual kesemua 350 unit dalam stoknya dan 200 unit lagi yang dipesan pelanggan sejak Ogos hanya dapat diserahkan kepada pembeli pada bulan ini.

Pengurus Besar Pemasaran Proton Edar Indonesia Mazlan Mohd Zain berkata jaminan belian balik oleh Proton, harga yang kompetitif berbanding model sejenis dari jenama lain serta sokongan institusi kewangan dalam bentuk tawaran skim pinjaman menarik, telah membantu meningkatkan jualan Exora di Indonesia.

Jaminan belian balik Proton telah mendorong syarikat kewangan menawarkan jumlah pinjaman lebih besar kepada pelanggan dan mereka kini cuma perlu membayar wang pendahuluan antara 15 dan 20 peratus daripada harga kereta, katanya kepada Bernama di sini.
Dengan kadar faedah antara 5.0 hingga 7.0 peratus, pembeli kereta Proton turut menikmati kemudahan ansuran bayaran balik pinjaman dalam tempoh lima tahun.

Sebelum ini, pembeli perlu membayar wang pendahuluan antara 30 dan 40 peratus dan ansuran pinjaman perlu dilunaskan dalam tempoh tiga tahun dalam kebanyakan kes atau maksimum dalam masa empat tahun.

“Sejak April lalu, kami telah menjual 2,500 unit kereta Proton pelbagai model dan 60 peratus daripada jualan itu ialah dari model Exora,” katanya.
Syarikat itu menyasarkan untuk menjual 1,500 unit model Exora untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.

Ia merupakan sebahagian daripada sasaran penjualan 5,000 unit kereta Proton pelbagai model untuk tahun kewangan 2011-2012 syarikat itu.

Mazlan berkata syarikat itu memasarkan tiga variasi Exora di Indonesia iaitu Exora Star yang menggunakan transmisi manual, Exora Supreme, yang menggunakan transmisi automatik serta Exora President, yang merupakan model mewah yang diubah suai ruang dalamnya mengikut selera pelanggan.
Proton Edar Indonesia kini telah membuka 18 pusat jualan dan lebih 30 pusat servis di bandar-bandar besar di Indonesia. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Adakah anda kewangan dihimpit? Adakah anda memerlukan wang untuk mendapatkan hutang atau memulakan business.Here adalah satu peluang bagi anda untuk mendapatkan masalah anda diselesaikan, sebagai
Peminjam bechmark kini menawarkan pinjaman kepada setiap orang perlukan sebagai rendah kerana kadar faedah 3%, hubungi kami hari ini
resortslendinggroup@gmail.com
TAWARAN PINJAMAN MAMPU PAKAI SEKARANG DI KADAR FAEDAH A RENDAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...