Tragis: Eksiden Di Bagan. Lelaki Meronta Dalam Kereta Yang Terbakar! (Pic & Video)
BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 6.2 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, di sini hari ini.
Dalam kejadian 4 petang itu, Tan Ang Huat, 33, yang berasal dari Taman Dedap di sini mati di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Kelisa yang dipandunya.
Menurut saksi yang enggan dikenali, beliau menghubungi pihak bomba manakala beberapa pemandu teksi yang kebetulan lalu di tempat kejadian cuba membantu memadamkan kebakaran tetapi gagal.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, ASP Suhami Md Nor, berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth gagal menyelamatkan Tan kerana kakinya tersepit.
"Mangsa mati akibat terbakar lebih 50 peratus dan mayatnya di hantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Suhaimi berkata, mangsa yang masih bujang itu dalam perjalanan ke tempat kerja.
"Dia dipercayai memandu laju dan semasa tiba di susur keluar ke Butterworth keretanya merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali dan terbakar," katanya. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment