Ahli Parlimen Nibong Tebal Dipecat!

MEMANG GILALAH SI ZAID IBRAHIM NI. 


SAPA SAJA YANG BERANI MENGKRITIK DIA, TERUS DIPECAT PARTI! INI SUDAH DASAR KUKU BESI. KALAU DAPAT MEMERINTAH NEGARA, MEMANG NAYALAH RAKYAT MALAYSIA.


A.S NASIHATKAN TEE BENG, KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN. 


INGAT!, BAPA MU SEORANG ORANG KUAT GERAKAN DI PULAU PINANG.
YANG MENJADI MANGSA IALAH ORANG NIBONG TEBAL. ADA AHLI PARLIMEN SERUPA MACAM TAKDE DISEBABKAN PERMAINAN POLITIK YANG TAK BERKESUDAHAN.


BALIK-BALIK YANG ASYIK MEMBANTU ORANG NIBONG TEBAL TAK LAIN TAK BUKAN, PEMIMPIN UMNO/BN JUGALAH YANG DICARI. DATO' NON WALAUPUN HANYA PENYELARAS PARLIMEN, PAGI PETANG SIANG MALAM TANPA KENAL ERTI PENAT DAN JEMU MEMBANTU RAKYAT DI NIBONG TEBAL.


A.S NASIHATKAN ORANG NIBONG TEBAL DALAM PRU13 NI LEBIH BIJAK MEMILIK, JANGAN JADI PISANG BERBUAH DUA KALI. MERANALAH BADAN.
       
                                                 ****************************


Pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang dipecat 

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) negeri Kedah dan Pulau Pinang dipecat berkuat kuasa serta-merta atas kesalahan melanggar peraturan-peraturan parti itu. Setiausaha Pusat Kita, Masrum Dayat berkata, Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim, masing-masing ketua Kita Kedah dan Pulau Pinang telah diputuskan pemecatan mereka dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin, malam tadi. 

"Jawatankuasa Disiplin mendapati mereka telah melanggar peraturan-peraturan parti dengan membuat kenyataan secara berterusan mengecam parti dan kepimpinan parti," kata Masrum ketika dihubungi. Dalam pada itu, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman berkata, "Jawatankuasa Disiplin Kita dalam mesyuaratnya pada 6.2.2012 (semalam) telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim kerana terus-menerus melakukan pelanggaran melampau terhadap disiplin parti, berkuat kuasa serta-merta."

 Kata beliau, kedua-dua mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari. Tee Beng juga merupakan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan Ahli Parlimen Nibong Tebal. Kedua-dua pemimpin itu meruakan antara yang melahirkan pandangan kritis terhadap Datuk Zaid Ibrahim sejak presiden itu melahirkan cadangan mahu membubarkan Kita. Khamis lalu, Zaid berkata, keputusan membubarkan Kita terpaksa dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa pihaknya tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat (PR).

Laporan media semalam menyebut lima pengerusi negeri Kita akan mengadakan usul tergempar bagi mendesak Zaid meletak jawatan sebagai presiden parti. Tee Beng berkata, Zaid sepatutnya menarik diri dari memimpin Kita, bukannya membubarkan parti berusia setahun itu. Zamil juga melahirkan pandangan yang serupa minggu lalu

1 comment:

Anonymous said...

harap2 korang boleh nmpk permainan/percaturan politik pembangkang

1.kerajaan - BN
2.pembangkan - PR
3.3rd force - ??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...