Kepala Babi: Pihak Masjid akan anjurkan Solat Hajat !!
Nazir Masjid Nurul Iman Ilham Akhbar Harun berkata kariah itu terkejut dengan kejadian yang mungkin dilakukan agar berlakunya kejadian permusuhan kaum dan ketegangan agama.
“Tanpa menuduh mana-mana pihak, kami berpendapat perkara seumpama ini tidak harus berlaku di rumah Allah yang suci ini. Kami pentadbir dan Jawatankuasa MNIR membantah tindakan yang biadab ini dan sama sekali tidak akan menyokong sebarang provokasi sempit yang boleh mengeruhkan suasana harmoni sedia ada,” katanya.
Beliau berharap seluruh anak kariah masjid agar bertenang dengan kejadian ini dan yakin pihak terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang segera.
“Pihak masjid akan menganjurkan siri munajat dan solat hajat agar si pelaku diberi hidayah dan keharmonian kaum dapat dikekalkan. “Sesungguhnya kami cinta kepada kedamaian dan yakinlah setiap kejadian yang menimpa itu pasti mempunyai hikmahnya,” katanya.
A.S: Jawatankuasa masjid ini bertindak dengan bijaksana dengan mendoakan semoga pelaku kes ini diberi hidayah dan semoga keharmonian kaum selama 54 tahun kita merdeka ini terus dapat dikekalkan.
Tidak mendoakan agar pecah perut adalah langkah terpuji sebagaimana seorang di Kelantan itu pernah lakukan.
Moga-moga pelaku kes ini sedar bahawa tindakan bodoh ini hanya mewujudkan prasangka buruk anatara satu sama lain. Baik sesiapa yang buat ini cepat mengaku!
Ada ke nak ngaku?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment