Kerajaan Pakatan Selangor Yang Cukup Celaka!

 A.S: Korang lihat dan nilaikanlah sendiri betapa kerajaan Selangor hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan keperluan rakyat yang ingin beriadah dan bersukan.
Rakyat Selangor nampaknya akan terus hidup merana dan tertindas apabila hidup dibawah kerajaan pakatan Selangor.

***************


PETALING JAYA - “Jika Kerajaan Negeri prihatin, sila batalkan projek ini,” demikian desakan yang disuarakan kepada Kerajaan Negeri bagi menuntut pembatalan keputusan merobohkan Kompleks Sukan Kelana Jaya, di sini bagi memberi laluan pembinaan tujuh blok pangsapuri dan kompleks perniagaan di kawasan itu.

Bantahan yang berlangsung selama 20 minit di tepi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) itu disertai 150 belia dengan membawa kain rentang melaungkan ‘Selamatkan padang PKNS’ bagi menunjukkan bantahan terhadap keputusan Kerajaan Negeri yang dikatakan langsung tidak menguntungkan rakyat.

Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) daerah Petaling, Badrul Hisham Badrudin berkata, bantahan yang dilakukan mereka sebelum ini langsung tidak dihiraukan.

“Kita pernah bantah sebelum ini, tetapi nampaknya Kerajaan Negeri agak keras kepala dan tetap mahu projek diteruskan, sedangkan rakyat langsung tidak mendapat faedah.

“Kalau mereka kerajaan yang prihatin, sila batalkan projek ini kerana penduduk memerlukan sebuah kompleks untuk bersukan dan kemudahan padang untuk aktiviti riadah,” katanya.

Beliau berkata, MBS Petaling dan Gerakan Belia 4B Kawasan Petaling Jaya Selatan akan terus mendesak agar Kompleks Sukan Kelana Jaya tidak dirobohkan.

Menurutnya, sekiranya Kerajaan Negeri meneruskan projek pembangunan itu, ia menunjukkan satu penindasan­ terhadap keperluan belia untuk bersukan.

Semalam, lebih 30 kereta berkonvoi ke Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menyuarakan bantahan.

Protes yang diadakan itu mengakibatkan kesesakan apabila kenderaan yang melalui lebuh raya memperlahankan kenderaan sambil membunyikan hon sebagi tanda sokongan.

Badrul Hisham berkata, sekiranya projek pembinaan pangsapuri 30 tingkat dan kompleks perniagaan 15 tingkat bernilai hampir RM2 bilion itu diteruskan, tidak mustahil laluan lebuh raya berkenaan bertambah sesak.-SH

1 comment:

melanau blogegr said...

salam tuan,
mohon jasa baik pautkan blog saya, link tuan sudah saya pautkan.

terima kasih.
http://www.melanaublogger.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...