Kesian.. Loyar Anwar Disaman RM10 Juta! Fitnahlah lagi!

A.S: Inilah akibatnya buat kerja memfitnah. 
Datuk Zainul Rijal telah membuat keputusan yang tepat untuk menyaman si loyar Anwar ni kerana beliau merasakan beliau dipihak yang benar.


Cuma sampai sekarang rakyat Malaysia ternanti-nanti, Anwar tak berani saman Eskay, Ummi & sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan perangai sebenar Anwar. Kenapa agaknya ya?


**************

Kamar Ainiah Kamaruzaman, peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazaf, dan firma guamanya, berdepan tuntutan saman fitnah berjumlah RM10 juta yang difailkan oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berhubung kenyataan peguam itu di portal Malaysiakini dan HarakahDaily.

 Zainul Rijal yang diwakili Tetuan J.S Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ saman itu dua hari lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Kamar Ainiah sebagai defendan pertama dan firma guamannya, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zashidi sebagai defendan kedua. Pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam ditetapkan pada 14 Mac ini, demikian menurut Zainul Rijal dalam satu kenyataan hari ini.

 Zainul Rijal mendakwa Kamar Ainiah telah membuat kenyataan fitnah ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Ogos tahun lepas untuk memburukkan imejnya sebagai peguam dan ahli perniagaan. Antara yang dituntut oleh beliau ialah satu perintah supaya penyiaran kata-kata fitnah itu dihentikan serta merta dan penerbitan permohonan maaf di dalam portal Malaysiakini dan Harakahdaily secara berterusan selama seminggu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...