Panas! Blogger Mana Yang Terima Nissan Teana Dari Seorang Ahli Politik?

Siapa blogger yang dimaksudkan ni? Kalau ikutkan ayat tu adalah blogger pakatan haram manakala yang memberinya itu mungkin pemimpin UMNO/BN. Baca boleh percaya jangan. 

Ni semua propa je lebih. Daripada pemimpin tu nak hadiahkan kereta tu kepada blogger pakatan, lebih baik dia beri pada rakyat dikawasannya atau blogger yang membelanya. Haha


Puak pakatan ni tak habis-habis memfitnah. Asal bila tengok orang senang sikit saja, semuanya dituduh datang dari sumber yang diragui. Memang jenis hati busuk dan tak boleh tengok orang lain berjaya sikit.


A.S pun nak hentam lah mana-mana pemimpin gila-gila sikit , untung-untung dapat X6 jadila.. Hahaha

Ini satu berita panas yang baru kami terima. Khabarnya seorang blogger terkenal "pro rakyat" yang dikatakan antara yang paling aktif di Pahang telah "dihadiahkan" sebuah kereta mewah jenama Nissan Teana oleh seorang ahli politik setempat. Difahamkan hadiah tersebut adalah sebagai "usaha" pemimpin terbabit untuk "menutup mulut" blogger berkenaan yang terlalu "lantang" mendedahkan berbagai kepincangan yang berlaku di kawasannya bahkan di Parlimen Jerantut itu sendiri.

Soalnya sekarang, wajarkah blogger berkenaan menerima habuan tersebut, sedangkan dalam masa yang sama beliau kononnya berjuang untuk rakyat. Niat untuk membela rakyat akhirnya akan memusnahkan dirinya sendiri. Difahamkan, ahli politik terbabit menghadiahkan beliau kereta tersebut bagi membolehkan blogger berkenaan tidak lagi menghentam kepimpinan beliau atau membongkarkan isu-isu rakyat di kawasan beliau.

Difahamkan blogger terbabit juga akan hadir ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia - Siri Jelajah MyVo1ce Negeri Pahang yang akan diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh hari ini. Kami akan cuba menyiasat maklumat ini dengan lebih lanjut untuk didedahkan kepada umum. Soalnya, siapakah blogger dan ahli politik itu?.

Difahamkan, kenderaan itu (Nissan Teana) kini berharga mencecah hampir RM170,000. Jika benar dakwaan ini, maka sahlah pemimpin berkenaan mahu "mulut" blogger berkenaan ditutup menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Apapun, kami amat terharu mendapat maklumat ini kerana ia jelas satu penghinaan terhadap dunia blogger itu sendiri sebenarnya.

Bahkan, hingga ke saat ini krew-krew kami menjalankan tugas dengan sukarela dan tidak langsung mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak yang berkenaan. Bertuah benar sekiranya blogger itu dilayan sedemikan rupa oleh ahli politik terbabit. pahangdaily

1 comment:

TENGGARAisSOUTHEAST said...

Perghhh...aku nak juga, dapat Serena pun kira ok, murah sikit. PRU nanti boleh berblog dalam van aje. Tak ke gitu. Ha...ha...ha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...