Pemuda UMNO Sokong YB PAS?



Mungkin ramai yang tidak tahu kontrak YDP MAIPP, Ustaz Elias Zakaria telah tamat hujung tahun lepas. Sekarang ini pencarian calon untuk menduduki kerusi panas itu memang panas ! Dikhabarkan Exco Agama , Malik Kassim juga memasang impian untuk menduduki jawatan berkenaan selain daripada calon favourite yang dijanjikan Anwar Ibrahim ketika PRK DUN Permatang Pasir , Ustaz Salleh Man.

 Mengulas isu berkenaan, Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Ir Shaik Hussein Mydin berkata Pemuda UMNO P.Pinang menyokong sepenuhnya calon dari PAS , Ustaz Salleh Man sebagai pemimpin paling sesuai menduduki YDP MAIPP berbanding Exco Agama Malik Kassim .

 " Pemuda UMNO PP menyokong penuh jawatan YDP MAIPP diberikan kepada YB Ustaz Salleh Man berbanding Malik Kassim , ini kerana berlaku terlalu banyak kepincangan dalam pentadbiran agama di negeri ini yang tidak diambil tindakan tegas beliau sebagai Exco Agama "  " Sebagai contoh , isu perarakan Maulidul Rasul yang dibatalkan pada peringkat awalnya dan dijalankan semula setelah didesak pelbagai pihak , bacaan Al Quran sebelum subuh , pilihanraya masjid yang ditangguhkan selepas campur tangan DYMM dan lain-lain " katanya menerusi sms .

 Memang benar pandangan oleh KP UMNO PP ini dan sewajarnya Salleh Man diberikan jawatan berkenaan kerana sebelum mereka telah menjanjikan kepada PAS jika menang PRK Dun Prmtg Pasir .

Selain itu, terlalu banyak masalah berkaitan soal pentadbiran agama Islam berlaku di negeri sejak Malik Kassim bergelar Exco Agama. Sudah lah PAS hanya melukut di tepi gantang dalam kerajaan DAP hingga tidak diberikan jawatan Exco Agama , kini kita lihat samada jawatan YDP MAIPP akan diserahkan atau tidak kepada mereka . Kalau tidak dapat juga, maka memang sah PAS hanya Parti Adat & Sukan ( PAS ) di mata DAP dan PKR .sumber

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...