Perlantikan YDP MAIPP Baru. Kesian YB Makhtar Melukut Di Tepi Gantang!

YB Makhtar (ADUN Sg Bakap, Kanan Sekali)

Isu perlantikan ydp maipp masih lagi menghantui pemerhati politik khususnya di pulau pinang. sebelum ini BK telah menyatakan bahawa senarai nama pertama yang dicadangkan oleh kerajaan guang eng ialah malik kassim yang bakal diangkat sebagai ydp maipp yang baru selepas tempoh khidmat ust elias ditamatkan. khidmat ust elias akan ditamatkan pada mac 2012.

Mesyuarat tertutup exco pulau pinang dengan jelas mahukan malik kassim dilantik sebagai ydp. pun begitu dikhabarkan ada permohonan yang dibuat supaya ust elias dikekalkan memandangkan ust elias seorang yang berpengalaman dan berjaya dalam tugasnya walaupun elias juga seorang pas.antara elias dengan malik kassim, ternyata elias luas ilmunya.tetapi elias sendiri sukacita ingin menolak pelawaan sekiranya ditawarkan menyambung kontraknya.

Isu nama malik kassim yang diangkat oleh kerajaan dap pulau pinang kepada Yang Dipertuan Agung akhirnya telah sampai ke tangan dan pengetahuan salleh man. apa lagi salleh man bagai nak gila lah marah dengan tindakan sulit dap pkr.dikhabarkan , disebabkan salleh man bagai nak gila marah dengan tindakan desperado yang dibuat oleh dap dan pkr, maka kerajaan dap buat kali kedua menghantar nama salleh man sebagai calon ydp sebagaimana yang dijanjikan anuar.

Dalam kekalutan ini, timbul persoalan mengapakah YB makhtar ADUN Pkr Sungai Bakap tidak diberi peluang menjadi ydp maipp sedangkan beliau seorang yang berkelulusan agama dan punyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan khususnya sewaktu menjadi pegawai agama islam di Pejabat Pelajaran Daerah seberang perai selatan dan aktif di dalam ABIM.ust makhtar juga mempunyai kelulusan agama ( dari al azhar dikhabarkan).

Ramai yang pelik, mengapakah pkr dap tidak mahu mencalonkan nama yb makhtar? apakah kerana beliau seorang yang sengal dan lembab dalam tindakan, akhirnya namanya tidak dicalonkan?berbanding malik kassim dan salleh man, makhtar lebih layak dari sudut pengetahuan islamnya.makhtar juga seorang yb pkr dan tidak mempunyai apa apa jawatan besar dalam kerajaan dap guan eng.mengapakah guan eng tidak mahu menyerahkan jawatan ini kepada orang agama ?

Dikhabarkan juga jangka hayat makhtar dalam politik akan tamat pada pilihanraya ke 13 nanti. mungkin makhtar akan makan pencen adun sahaja tanpa tiada pengiktirafan yang diberikan kepada nyer. kejayaan Dr pritpal membuang makhtar akan menyaksikan protes dalaman akan berlaku. apapun, jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa kerajaan dap mengutamakan calon ydp maipp yang sengal dan tidak berapa cerdik dalam hal hal agama. jika mengambil contoh umno,jawatan ydp maipp diberikan kepada ust syahbudin selepas dato rashid.

Umno pandai memberikan sesuatu pada haknya.manakala dap, pas dan pkr lebih nampak mengutamakan kuasa dan dunia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...