Tidak sama sekali. 
Stesyen Penyiaran milik media prima ini tidak pernah mengamalkan diskriminasi tersebut kepada pengacara muslimnya yang bertudung. 
Malahan kebelakangan ini dapat kita lihat betapa makin ramai yang bertudung menghiasi rancangan di media Prima.
Semoga syiar Islam makin berkembang di Malaysia hendaknya di bawah kerajaan UMNO/BN.
Setelah Sembilan tahun berkhidmat di stesen televisyen swasta TV3, 
takder angin takder ribut alih-alih pengacara-penyampai radio, Abby Fana
 dikhabarkan telah membuat keputusan menamatkan khidmatnya sebagai 
pengantara salah satu program terbitan stesen itu iaitu Malaysia Hari 
Ini (MHI).
Kebetulan keputusan itu dibuat sejurus selepas ibu tunggal anak tiga 
(seorang anak angkat) ini tampil dengan imej baru, bertudung.
Pada 27 Disember lalu merupakan penampilan terakhirnya sebagai pengacara
 MHI. Penyampai Radio Sinar FM ini bagaimanapun menolak tuduhan kononnya
 khidmat beliau sebagai perantara MHI, ditamatkan apabila beliau membuat
 keputusan memakai tudung selepas mengerjakan Haji pada November tahun 
lalu.
Memetik kenyataan di mStar, figura berusia 46 tahun ni memberitahu 
keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu 
telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana 
selepas pulang dari Mekah.
Menurut Abby lagi, hasrat untuk meninggalkan MHI dipendamnya kerana 
merasakan khidmatnya sudah terlalu lama dan bimbang penonton mula bosan 
dengan penampilan barunya itu. Dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya 
sebagai penyampai Radio Sinar FM yang dikendalikannya sejak lima tahun 
lalu.
Katanya tugas sebagai deejay memberi keseronokan yang luar biasa buatnya
 kerana dengan cara itu sahajalah dia dapat “bersosial” dengan peminat. 
Malah tugasan tersebut dapat menghilangkan tekanan.
Pun begitu, Abby masih mahu terus aktif melibatkan diri dalam bidang 
seni dan akan mempertimbangkan tawaran bergelar pengacara mana-mana 
program yang berkehendakkan personaliti bertudung.
 


 
 

1 comment:
jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah
Post a Comment