Hot! Pemimpin Pembangkang Mana Yang Curi Seperiuk Nasi Kenduri Di Rumah Orang??

Ermm.. Bila sebut Pembangkang.. 
Kalau di Pulau Pinang kita boleh kata sama ada BN ataupun Pakatan Haram..


Tapi kejadian ini melibatkan puak PKR yang menyamun nasi kenduri rumah orang untuk dijamu kepada program anjuran kerajaan DAP negeri!
Macam ni punya buruk perangai pemimpin pakatan yang didakwa ketua ranting PKR pun ada ke sampai desperade sangat demi nak jaga program kencing rakyat mereka, nasi kenduri rumah orang sampai seperiuk pun sanggup ditibainya!

Program tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Mansor dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Kesian aku tengok, barua-barua DAP ni mentekedarah benda haram!

Dah macam komunis pulak perangai depa ni, curi makan rumah orang kemudian bawa masuk hutan, ni bukan masuk hutan, masuk untuk dijamu untuk puak-puak depa!


Naya betul tuan rumah!

******************

GEORGETWOWN: “Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan,” kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.

 Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.

 Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu. “Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.

 “Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu,” katanya yang ditemui di sini, semalam. Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan. “Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.

 “Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar,” katanya. “Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut,” katanya.

 Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu. “Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.

 Panas“Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar,” katanya. Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.-HM

5 comments:

Anonymous said...

sezalim2 umno spt yg difitnah puak pakatan, dah 50 tahun takpernah aku dengar kes cenggini..

ni batu dikatakan zalim kpd rakyat
menindas dan aniaya tak ubah mcm firaun dah pakatan rakyat ni
kalau perintah malaysia jahanam le malaysia gamoknyer

-joe bedul

Anonymous said...

inilah hasil latihan Yahudi NED, KAS dan sebagainya. mereka juga telah menyerupai Yahudi.

Parti BERKEBAJIKAN UNTUK TENGGOLOK MEREKA

learnspanish said...

Sebijik perangai komunis...dulu die curi beras org2 kampung, skrg nie pewaris die curi nasi kenduri orang! Ptuih!!!!

hisham said...

aku selalu baca dalam blog dan surat khabar dan dengar orang cakap puak pakatan rakyat dikuasai olih penyamun,gangster serta penyangak.
mereka merompak pasir,sampah,bini orang dan macam2 yg aneh dan luar tabii manusia normal.
tak sangka pula ada juga puak pakatan lebih teruk lagi perangai merompaknya..hinggakan nasi kenduri pun mereka rompak.
umo aku dah dipenhujung usia...inilah pertama kali aku dengar...
aku benar2 bersyukur kerana ALLAH panjangkan usia aku dan memberi aku kesihatan yg baik yg membolihkan aku tengok benda2 pelik dalam hidup aku.
yang merompak periok nasi tu makhlok apa,jin,hantu,syaitan atau iblis?
nak kata mereka ni giler babi....tak pernah pula aku dengar babi gila buat kerja ni.
mungkin ini kerja babi dap...

Anonymous said...

salam
turun la mai ke balik pulau..jumpa sendiri ngan tuan rumah tu..pastu soh dia cita yg sebenarnya..betoi ka dia x bg izin ambik nasi..dia ada ambik x duit sebagai ganti nasi..betoi ka rombongan dr trengganu x dapat makan.ada x pemimpin umno datang n jarum dia reka cita pastu ajak wat repot polis.cer tanya. cer tanya..sory sy org kg tuu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...