Orang Klate dah hampir tahap wajib dah untuk menumbangkan kerajaan PAS dengan menggantikan UMNO/BN dalam PRU13 akan datang.
Dengan masalah bekalan air yang masih membelenggu rakyat dan nampak tidak berkesudahan, masalah pengurusan sampah jelas menampakkkan lagi kelemahan yang ketara kerajaan tadbiran Pok Nik.
TUKAR pemerintah Klate dalam PR13 ini.
Jangan fikir lagi jika anda tak mau hidup anda terus sengsara.
Negeri dibawah pakatan haram memang gagal dalam pengurusan sampah. Contoh ketara Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Klate!
Korang tak perasan ke??
***************
RANTAU PANJANG – Sampah yang tidak diselenggarakan dan diangkut di pekan Rantau Panjang sejak dua hari lalu mengundang bau kurang menyenangkan hingga mengganggu kelancaran pengunjung membeli belah.Sampah-sampah ini tidak dibuang di kawasan yang dikhaskan, sebaliknya diletakkan pada bahagian tepi tempat pembuangan sampah.
Kedudukannya di tengah-tengah pekan tumpuan ramai ini, menyebabkan orang ramai terpaksa menutup hidung ketika melalui kawasan ini kerana tidak tahan dengan bau sampah.
Pengunjung, Ramli Che Hassan, 46, yang juga penduduk tempatan berkata, dia malu melihat keadaan di pekan Rantau Panjang ini.
Menurutnya, sampah di sini sepatutnya kerap diselenggarakan memandangkan kawasan ini sering menjadi tumpuan orang ramai.
“Sekiranya pelancong luar melihat kawasan ini, sudah tentu ianya dapat menjatuhkan imej kawasan pelancongan ini.
“Selain sampah, pihak berkuasa tempatan juga perlu mengkaji semula kawasan parkir yang tidak mencukupi sehingga menjejaskan hasrat pengunjung untuk membeli belah di sini,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, penjaja, Samizam Zain, 32, berkata, dia tidak dapat menjaja di sekitar kawasan pembuangan sampah kerana bau yang kurang menyenangkan.
Menurutnya, sekiranya berniaga di kawasan pembuangan sampah, pengunjung tidak akan membeli makanan yang dijualnya.
“Saya berharap perkara ini dipandang serius pihak berkuasa kerana imej pekan ini perlu dijaga.
Samizam berkata, bukan kawasan pembuangan sampah sahaja, persekitaran pekan ini terlalu kotor dan perlukan perhatian segera tambahan esok (hari ini) bermula cuti sekolah.
Menurutnya, setiap kali cuti, jumlah pengunjung ke sini meningkat mendadak.
“Pihak berkuasa seharusnya mengambil langkah segera menangani permasalahan ini daripada terus berlarutan,” katanya.SH
No comments:
Post a Comment