China Doll Didenda 60 Sen Sahaja!

Seorang wanita warga China didenda maksimum 10 rupee (RM0.60) selepas mengaku bersalah melacurkan diri di Sri Lanka, menurut laporan media, kelmarin.

Akhbar Financial Times berpusat di Colombo melaporkan, Majisterit Kanishka Wijeratne mengarahkan wanita itu membayar denda tersebut selepas menilai semua peruntukan terhadap kesalahannya.

Bagaimanapun, ketua polis, Mangala Dehideniya berkata, denda yang dikenakan tidak munasabah kerana ia jauh lebih murah daripada kos pentadbiran tahanan dan perbicaraan mahkamah.-SH

************


A.S; Tu dia murahnya! Hukuman yang dikenakan terlalu ringan!
Kalu di Malaysia denda sebegini murah, lagi berduyun-duyunlah China Doll membanjiri Malaysia dan ada orang yang akan tersenyum girang.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...