Aku harapkan Pok Nik konsisten dengan pendiriannya. Janganlah pula nanti pusing cakap lepas jumpa Anwar & Guan Eng. Hehe
Bab ni aku terpaksa setuju dengan Pok Nik bahawa pilihanraya berasingan hanya menyebabkan pembaziran dari pelbagai segi.
************
Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, Kelantan menegaskan tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen meskipun tidak mendapat persetujuan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pilihan raya asing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja.
“Biar apa pun keputusan dari Pakatan Rakyat, kita tetap melaksanakan pilihan raya bersama Pusat, kalau mereka (PR) nak bermesyuarat, itu terpulang,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu pagi ini.
Mursyidul Am Pas berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, yang menjelaskan bahawa pemimpin tertinggi PR akan membuat satu ketetapan Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum dipanggil.
Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Sejak memimpin kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sejak 1990, Nik Abdul Aziz telah membubarkan Dun serentak dengan pembubaran Parlimen.SH
No comments:
Post a Comment