Kesianlah kat ibu bapa dan keluarga tu!
Tergamak buat perangai macam ni!
Berfikir panjanglah wahai adik-adik sekalian.
Buat perangai macam ni bukannya boleh selesaikan masalah jika ada.
Nanti bila kena rogol baru nak ingat mak bapak?
Kalau geng pakatan haram senang, semua masalah yang timbul
kerja depa hanya tala kat UMNO!
***************************
Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu hanya membawa beberapa helai pakaian dan sehingga kini tidak diketahui nasibnya dan lokasinya. “Sebelum kejadian, memang ada sedikit perselisihan faham antara Angah dengan keluarga berikutan dinasihatkan ibu bapanya, Baharuddin Taib, 45, dan Mariam Nayan, 42, supaya `berenggang’ dengan teman lelakinya yang juga seorang duda berusia 38 tahun.
“Pada malam kejadian, saya pulang ke Felda Jengka Satu, Maran untuk bertemu emak saya, Saodah Ishak, 65, yang tinggal bersama Angah, tetapi anak saudara saya tidak menunjukkan apa-apa kerisauan dan berbual mesra malah begitu manja dengan neneknya,” katanya. Noorlilie berkata, kehilangan Angah disedari emak (Saodah) pada 26 Mac lepas iaitu ketika emak masuk ke bilik untuk mengejutkan Angah, tetapi tergamam apabila Angah tiada di tempat tidur.
Menurutnya, emak mendapati Angah tiada dan menyelak selimut, hanya menjumpai bantal peluk yang digunakan Angah untuk mengelirukan, seperti seolah-olah dia sedang tidur. “Sehingga kini selepas kehilangan Angah, emak sering juga jatuh sakit dan tidak berselera makan kerana terkenangkan Angah yang sangat dikasihinya,” katanya. Noorlilie berkata, Angah berkemungkinan keluar dari rumah setelah kecewa hasrat untuk mengahwini kekasihnya itu mendapat tentangan keluarga. Menurutnya, mereka sekeluarga kini berasa risau kerana Angah tidak dapat dihubungi sejak dia keluar rumah pada minggu lepas.
“Kami tidak tahu apa nasibnya kini. Justeru kami mengharapkan Angah pulang semula dan boleh berbincang mengenai kehendaknya dan merestui perhubungan Angah. “Keluarga tidak marah dan ingin berunding secara baik dan jika Angah ingin berkahwin kita boleh adakan majlis dengan cepat. Apa pun kami mahukan Angah balik ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat,” katanya.
Berikutan kehilangan Nur Aliah, Noorllilee bersama keluarganya membuat laporan di Balai Polis Sungai Jerik, Maran pada 26 Mac jam 9 pagi. Noorlilie berkata, sesiapa yang mengetahui lokasi dan menjumpai Nur Aliah (gambar) diminta menghubungi bapanya, Baharuddin Taib, di talian 013 2787332 atau Saodah Ishak di talian 013 6060975.
2 comments:
Remaja sekarang tak ada otak...
Kononya Gen.Y ni cerdik2 belaka..?
Aku ingatkan remaja era 70-90an lebih berakal dari remaja sekarang.
Remaja dahulu bila nak lakukan sesuatu mereka akan fikirkan dahulu baik dan buruknya...tetapi remaja sekarang buat dulu baru fikir kemudian...itu perbezaan yg paling ketara.
Buat menyusahkan mak bapak...
Aku bercerita pasal anak aku pun macam tu jugak perangai dia...
So..aku hambat terus...jgn balik2, kalau balik aku sepak terajang. Tak ada anak mcm tu pun tak apa, menyusahkan jer.
Bila di nasihat, kononya kita konngkong dia...bila kita tegur, kononya kita marah..hidup nak enjoy..kononya nak bebas. Bila ada kekasih..kekasih tak serupa manusia. Yang dihairankan kekasih tu kalau tahu menghormati org tua, tak apa la jugak..ini macam komunis keluar dari hutan?.
So...nak bebas..nak enjoy..carry on. Syarat dia jgn balik-balik, kalau balik sepak terajang akan singgah di muka.
Bila dia rasa hati dia nekad dan keras..dia lupa..hati mak bapak yg membesarkan dia lebih keras lagi...
One by one the girls cases either fled or taken away by their lovers.
Post a Comment