Guan Eng Seperti Malaikat

 Korang dapat nilai la perangai Ketua Menteri aku sekoq yang berlidah biawak ini. Bukan saja cakap suka pusing, dia ni jenis manusia ego tinggi dan tak boleh ditegur. Apa punya pemimpin daa,,
Orang komen untuk kebaikan, melenting dan kutuk balik pulak orang yang komen tu!
Macam ni ka perangai sorang pemimpin??

*******************

Ahli-ahli politik diingatkan supaya tidak meletakkan status mereka terlalu tinggi sehingga menganggap berkuasa seperti Tuhan atau malaikat dalam membuat keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, mereka perlu menerima teguran dengan hati terbuka dan tidak mudah melenting jika ada pihak yang memberi cadangan untuk kebaikan bersama.

"Adakah salah kalau kita memberi cadangan untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Sebagai orang politik dan pemimpin kerajaan negeri, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya menerima cadangan atau komen pelbagai pihak dengan hati terbuka untuk sama-sama membangunkan negeri ini," katanya kepada media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan balas Guan Eng yang melenting dengan melabelnya sebagai "sudah tua" berikutan kenyataan CAP agar Kerajaan Negeri mengadakan rundingan awam sebelum melaksanakan projek pembangunan atau infrastruktur mega di Pulau Pinang.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya mengambil berat mengenai suara rakyat dengan membuat rundingan awam sebelum sesebuah projek dijalankan sama ada ia memberi kesan terhadap ekonomi, sosial atau alam sekitar.

“Memberi taklimat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara umum mengenai projek mega serta membuat kenyataan mengenainya kepada pihak media atau dalam Dun. Ini bukanlah rundingan awam.

Rundingan melibatkan penyertaan awam di peringkat awal proses membuat keputusan, menyediakan maklumat yang mencukupi mengenai projek serta memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada perwakilan dan pandangan yang dibuat oleh individu dan organisasi masyarakat awam," katanya.

Mohamed berkata, perkara itu tidak dilakukan Kerajaan Negeri.

"Jika beliau kata ada membuat rundingan awam, adalah ia dilakukan sebelum menandatangani memorandum persefahaman dan memanggil permohonan cadangan untuk pembinaan projek mega ini. Adakah kajian awal dijalankan?" katanya lagi.-SH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...