PAS Parti Asyik Serabut, PKR Parti Kalut & Ribut, DAP Depa Ambil Peluang!

Terbaikla Pok Jib..
Aku bersetuju 100% dengan apa yang diungkapkan oleh PM kita ni. 
Semua yang dikatakan adalah reality dan kenyataan yang tidak dapat dinafikan lagi!
InsyaAllah, masa depan akan tetap terjamin jika kalian memilih BN!

*********


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakberkata, Pas kini menjadi 'Parti Asyik Serabut' yang sering menyusahkan rakyat kerana pemimpinnya kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah. Katanya, beliau sendiri tidak faham dengan hala tuju perjuangan parti berkenaan dan sering menyerabutkan pemikiran rakyat. 

"Mula-mula dia kata negara Islam, kemudian negara berkebajikan dan kata bukan Melayu boleh jadi Timbalan Presiden, tapi Musyidul Am kata tidak boleh. Banyak menyusahkan rakyat, banyak bagi serabut," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil, dekat, sini hari ini. Katanya, dalam isu Pas di Kedah di mana dua Exco tidak mahu dilantik semula,kemelut yang tidak selesai telah menyusahkan rakyat Kedah.

 Beliau berkata PKR pula banyak menimbulkan masalah serta membuat kenyataan tidak tentu arah dan menyifatkannya sebagai "Parti Kalutdan Ribut". "Masalah video tak selesai, masalah Jabatan Agama Islam Pahang pun takselesai... DAP pula 'Depa Ambil Peluang', dia cari peluang saja, kalau nak masadepan terjamin lebih senang sokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

 "Kita (BN) tak pernah lari daripada prinsip perjuangan kita... BN parti yang boleh diharapkan," katanya. "Bagaimanapun saya lihat kini sudah ada perubahan termasuk di Kedah...angin kencang menjurus kepada perubahan. Insya-Allah kita akan buat perubahan besar kepada negeri Kedah," katanya. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...