Terkini! Kesian Badul.. Bakal Disaman JAIP Pula!

pic hiasan

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini mendakwa Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz (foto) kemungkinan besar akan menfailkan tindakan saman terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Ustaz Dr.Badrul Amin Bahron bahawa jabatan itu (JAIP) terlibat dengan konspirasi untuk mengaibkan beliau.

Tindakan tersebut terpaksa diambil selepas mendapat nasihat daripada beberapa pihak sejak kes ini menjadi kontroversi baru-baru ini. Tindakan saman juga boleh diambil terhadap tokoh agama itu, atas tuduhan mensabotaj JAIP dan menghina sultan. Ia berikutan tindakan Dr.Badrul Amin mutakhir ini yang jelas telah mendahului siasatan, sedangkan JAIP hanya menjalankan tugas berdasarkan peruntukan dalam enakmen dan perkara itu telah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang sendiri.

Menurut kenyataan itu lagi Timbalan Pengarah JAIP sedang membuat pertimbangan untuk menyaman Dr.Badrul Amin dan kesemua mereka yang terlibat memalukan nama jabatan terbabit. Sebelum ini PDO ada melaporkan bahawa PKR akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah JAIP berhubung kenyataannya yang dilihat meragukan dan ada usaha terancang pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan nama baik Dr.Badrul dan juga parti itu (Parti Keadilan Rakyat). Tambahan pula kes itu berlaku sehari menjelang Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb lalu.-PDO

2 comments:

Bingai @ Bangang said...

lebih kurang kira halal jer laa... hehehe

Bini Orang Tu Ostad! Di TendangTerajang

Anonymous said...

memang patut di saman kerana ostat ini telah menuduh serta cuba merosakkan kepercayaan orang ramai terhadap jabatan yang bertauliah.
Biar ostat ini belajar untuk bercakap selepas berfikir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...