Laungan 1Malaysia di Perkampungan Cina Jawi menyambut kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan lebih 3,000 penduduk Cina dan India berhimpun.
Kedatangan Perdana Menteri membawa erti besar kepada penduduk Perkampungan Jawi ini kerana kampung kecil dengan kira-kira 3,000 penduduk telah didiami tiga generasi yang 90 peratus daripadanya adalah kaum Cina.
Najib, yang tiba pada pukul 11 pagi, turut menikmati secawan kopi di kedai See Huang yang beroperasi kira-kira 50 tahun dan diuruskan oleh Poh Chai Boon, 57, dan Paw Wee Keat, 40, iaitu generasi ketiga.
"Saya amat gembira kerana Perdana Menteri sudi singgah di kedai kopi ini. Kehadiran beliau amat bermakna dan bertuah bagi kami kerana tak pernah ada pemimpin tertinggi datang. Ramai jiran saya kata akan membeli nombor ekor dengan alamat kedai saya yang bernombor 2189," kata Poh.
Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) bawah pimpinan Najib telah membawa banyak penambahbaikan dan penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Jawi Tan Cheng Liang, kerap turun ke kawasan itu.
"Jambatan Kedua Pulau Pinang pasti akan membawa pembangunan kepada kawasan ini," katanya.
Lee Chon Bak, 67, pula berpendapat kerajaan kini lebih efisen dan mendengar masalah rakyat.
"Saya amat gembira dan terharu kerana Perdana Menteri sanggup turun ke kawasan yang kecil ini. Saya menyokong beliau sebab itu saya datang sini awal-awal kerana mahu berjumpa dengannya. Dia pemimpin yang bertindak adil.
"Kerajaan BN memberi kita bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kami dan kepada anak-anak di sekolah. Saya berharap beliau dapat terus membela nasib rakyat dan memastikan barang-barang tidak mahal dan kami tidak susah," katanya.
H'ng Hang Kuang, 63, berkata kerajaan sekarang banyak membantu rakyat dan mendengar rintihan mereka.
"Saya tak sangka Perdana Menteri akan datang ke kampung saya. Dengan bantuan kerajaan seperti BR1M, bantuan baucar buku kepada anak-anak sekolah banyak membantu kami semasa keadaan ekonomi perlahan," katanya.
Penduduk berketurunan India, Inthrani, 40, yang tinggal di kampung itu selama 12 tahun berkata kawan-kawanya yang tinggal di Simpang Ampat sanggup naik bas ke sini semata-mata untuk melihat Perdana Menteri dengan lebih dekat.
Najib, yang melawat perkampungan itu, turut menyerahkan kunci rumah kepada ibu tunggal Teoh Yang King, 51, yang rumahnya musnah terbakar pada Januari lalu.
Teoh, yang melahirkan rasa gembira dan terharu kerana kerajaan sanggup membina rumah baru kepadanya dan siap dalam masa sebulan, menyifatkan Najib seorang yang amat prihatin.-Bernama
**************
DS Najib selaku PM Malaysia sanggup meluangkan masa untuk hadir minum kopi di kedai tersebut. Beliau telah membuktikannya.
Guan Eng yang dekat sejengkal pun tak penah jejak kampung itu meninjau permasalahan penduduk di situ.
Mangsa rumah terbakar yang menerima bantuan rumah dari kerajaan pusat pun dah 2 bulan tinggal di tokong tanpa sebarang pembelaan dari kerajaan DAP Pulau Pinang.
Orang cina pakat-pakat pikiaq la...
1 comment:
Harap2 org Cina dah sedar & kembali ke BN..
PENDUDUK KERINCHI MASIH MENANTI PERMOHONAN MAAF NURUL IZZAH. Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment