Edisi Negeri Pok Nik: Jururawat Didakwa Curi Seluar Dalam Lelaki

KOTA BHARU – Gara-gara mencuri seluar dalam lelaki dan beberapa bangan lain di sebuah pasar raya, seorang jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. 

Tertuduh, Zubaidah Yaacob, 26, yang berasal dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor. Zubaidah yang memakai baju kurung kuning dan bertudung hitam kelihatan agak terkejut apabila wajah dirakamkan oleh jurugambar. Turut kelihatan bersamanya seorang lelaki memakai baju biru dipercayai suaminya.

 Menurut pertuduhan, Zubaidah didakwa mencuri sekotak seluar dalam lelaki jenama Edwin, dua helai baju T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat dan satu tali pinggang kulit. Dia juga dituduh mencuri sepasang selipar dalam rumah jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style milik pasar raya tersebut pada pukul 230 petang 3 April lalu.

 Kes ini didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. Terdahulu, Zubaidah memohon kepada mahkamah supaya wang jaminan dikurangkan kerana dia mempunyai banyak hutang dan tanggungan.

 Rayuan tersebut dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon mahkamah supaya mengenakan jaminan sebanyak RM4,500 Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan 30 April ini untuk sebutan kes.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...