KUALA LUMPUR - Selepas tujuh hari berhimpun, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengosongkan tapak khemah di Dataran Merdeka buat sementara waktu, mulai hari ini, bersempena Konsert Diraja yang akan berlangsung esok.
Tindakan itu akan diambil pada jam 3 petang ini. Langkah itu diambil bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong dan konsert yang diadakan sempena istiadat pertabalan baginda.
Setiausaha SMM, Haziq Abdul Aziz dan Setiausaha Aksi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham juga berkata, pihaknya juga memutuskan untuk membatalkan rancangan menghantar memorandum kepada Agong esok.
Sebelum ini, laporan media memetik SMM berkata satu memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan tuntutan dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Cadangan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong ditarik balik," kata Haziq. "(Jadi) individu yang ingin berkumpul di Dataran Merdeka adalah tanggungjawab mereka sendiri," Kata beliau, mereka akan berhimpun semula dan akan mendirikan khemah pada Ahad ini, mulai jam 2 petang dan ia akan berterusan sehingga 28 April - pada hari Bersih 3.0 mahu mengadakan perhimpunan. "Dan, kelas-kelas ceramah dan sidang rakyat waktu malam tetap akan berlangsung seperti biasa," kata beliau lagi.
A.S: AKU CADANGKAN SEMASA STUDENT-STUDENT BIADAP INI BERAMBUS DARI SITU, HARAP ADA LA PIHAK YANG BOLEH AMBIL ALIH TEMPAT TERSEBUT DAN GAGALKAN RANCANGAN PUAK JAHANAM INI UNTUK MENJAYUHKAN IMEJ NEGARA.
1 comment:
adakah ini sikap bakal pemimpin masa depan..syukur kpd Tuhan kerana ramai pelajar tak ikut demo budak2 ni..walaupun depa kata tujuan baik nak tolong kawan2..apa2 pun kita mana tau niat depa baik ka jahat ka..jelasnya Tuhan dah tunjuk sambutan demo depa tu tara mana..masih ramai/majoriti pelajar yg rasional..sebab itu sambutan tak panas..moga2 dlm cuti ujung minggu 2 ari ni..balik la pikir elok2 balik..muhasabah diri..tanya diri tu betoi ka apa yg aku buat ni?..org len sedap tido kat umah aku tido kat padang ja semata2 berjuang..perjuang ni Tuhan reda ka?..pikir elok?
Post a Comment