Gempur Konon! Orang suruh pi belajar, hangpa berdemo!


KUALA TERENGGANU – Sekumpulan 17 penuntut termasuk tiga perempuan dari Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) menghantar Memorandum Menuntut  menyambungan Semula Pinjaman Pengajian Sembilan Mahasiswa Terengganu di Mesir kepada Yayasan Terengganu (YT), di bangunan YT, di sini semalam.

Gerakan itu dibuat susulan tindakan Kerajaan Negeri melalui YT yang menarik serta-merta pinjaman pendidikan ke atas sembilan penuntut yang sedang menuntut di Mesir kerana didapati melanggar perjanjian dengan menyertai perhimpunan Bersih tahun lalu.

Antara sembilan penuntut berkenaan empat daripadanya penuntut tahun tiga, empat tahun dua dan seorang tahun lima (jurusan perubatan).Presiden Gempur, Muhamad Syahmi Hazim Mohd Ithnin berkata, memorandum berkenaan mengandungi empat perkara iaitu meminta agar YT menarik balik penamatan pinjaman, meminta YT lebih profesional dan efisien dalam membuat keputusan, harap YT lebih mendengar suara rakyat dan pelajar, kita beri tempoh seminggu kepada YT untuk tentukan keputusan sembilan penuntut tersebut.

“Kita mendesak agar YT segera menarik balik penamatan pinjaman ke atas sembilan penuntut di Mesir yang terlibat itu dan sekiranya tidak kami (Gempur) dan gerakan mahasiswa lain tidak akan teragak-agak untuk bergabung jika (YT) tetap dengan pendirian untuk tarik balik pinjaman.

“Berdasarkan undang-undang penuntut berkenaan tidak melakukan kesalahan dan berdasarkan Perkara 10 Perlembagaan Malaysia rakyat berhak berhimpun dan menyatakan rasa tidak puas hati, jadi kita tidak lihat (sertai Bersih di Mesir) ia merupakan kesalahan,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan YT di sini, semalam.

Kata Muhamad Syahmi Hazim lagi, tindakan YT menamatkan pinjmanan ke atas sembilan penuntut itu secara jelas menunjukkan kezaliman terhadap rakyat dan penuntut sedangkan mereka tidak terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Sehubungan itu, Gempur bertegas akan mengambil tindakan selanjutnya jika YT tetap dengan keputusan untuk tidak menyambung pinjaman penuntut seperti mana tempoh seminggu yang diberikan itu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Pendidikan), Mohd Razali Mahmud berkata, tindakan YT menarik balik pinjaman ke atas sembilan penuntut yang menyertai perhimpunan Bersih di Mesir tahun lalu itu dibuat mengikut undang- undang dan jelas kesalahan yang dilakukan itu berlawanan dengan perjanjian.Malah katanya, berdasarkan jawapan yang diberikan sembilan penuntut berkenaan dalam surat tunjuk sebab juga jelas boleh dikaitan dengan salah laku.

“Kita berpegang pada perjanjian yang diperakui sendiri mereka ketika menandatangi permohonan sebelum ini dan jika mereka kata tidak faham dengan syarat yang ditetapkan itu adalah tidak wajar kerana sebelum mengikuti pengajian sebelum ini mereka telah diberikan kursus dengan sebaiknya.

“Justeru, kita (YT) tetap dengan pendirian untuk menarik balik pinjaman ke atas penuntut berkenaan dan jika kita tidak mengambil tindakan tegas, kita percaya masalah akan berlarutan dan pihak lain akan memandang remeh dengan syarat perjanjian yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai ugutan Gempur untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya desakan agar YT menarik balik penamatan pinjaman berkenaan, katanya perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat lembaga yang dibuat dalam masa terdekat ini.

Katanya, kerajaan membelanjakan peruntukan yang cukup besar ke atas penuntut hingga mencecah RM300, 000 setiap seorang terutamanya penuntut perubatan.Sehubungan itu, beliau menasihat penuntut di bawah YT yang sedang mengikuti pengajian di luar atau dalam negara agar tidak sesekali terlibat dengan aktiviti yang boleh merugikan diri sendiri, sebaliknya mereka perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran masing-masing.sh

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Anonymous said...

Rakyat biasa nampak macam balas dendam saja kalau sesuatu protes tu tak memihak kepada BN.

Duit YT tu duit rakyat ke atau duit BN?

Habis kenapa dibenarkan ditubuh kelab-kelab UMNO di luar negara? Kan tu jugak untuk berpolitik?

Unknown said...

Kerajaan dah awal2 bg tahu, ni perhimpunan haram, kalau ambil bahagian, bersedialah utk terima tindakan. bak kata pepatah, berani buat, berani tanggung!!

Jgn jadi mcm pondan, bila dah kena, baru nak merengek minta simpati!!

NURUL IZZAH HALALKAN HUBUNGAN GAY? BOLEH JATUH KUFUR! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...