Bila baca laporan di SINAR HARIAN
yang mengatakan bahawa Jabatan Hal Ehwal Khas meramalkan bahawa BN akan menang 2/3 majority pada PRU13 kali ini membuatkan aku senyum seketika.
Aku ni sebagai orang yang sering turun padang buat kerja untuk parti UMNO/BN, sudah tentulah mengharapkan keputusan sebegini.
Sapa yang tak mau menang kan?
Sapa yang tak mau kejayaan dari sesuatu usaha keras kan?
Dalam hati memanglah aku sentiasa doakan agar apa yang diramalkan itu menjadi kenyataan
Tapi aku ni bersikap realistik sikit. Laporan JASA biar ada asasnya.
Sekurang-kurangnya, apa kata JASA ambil insiatif buat satu pungutan suara macam merdeka centre unuk buat satu analisis.
Sampel kajian tu biar ramai sikit contohnya 50,000 orang yang meliputi pelbagai kawasan, jantina, tahap umur dan pendidikan.
Barulah ada semangat sikit kalau keluar ramalan sepertimana yang disebutkan itu.
Indikasi seperti mood rakyat pada ketika ini adakah sudah diambil kira?
Kalau hanya sekadar pemerhatian dan kehadiran setiap program yang UMNO/BN anjurkan, masih belum layak untuk dibuat kesimpulan lagi. Kalau repot sekdar untuk 'membodek' orang atas, rasanya tak payah la kot keluarkan stetment.
Tapi aku tak nafikan JASA terutamanya di Nibong Tebal ni banyak turun padang buat kerja depa.
Di tempat lain juga aku yakin juga begitu.
Satgi ada orang JASA baca artikel ni ada yang marah pulak kat aku ni kata aku kondem kerja depa.
Apapun terus giatkan usaha kepada semua jentera parti mulai dari sekarang.
Jangan hanya berpeluk tubuh tanpa buat apa-apa dimasa yang sama mengharapkan keputusan terbaik untuk kemenangan BN.
UMNO Boleh!
BN Boleh!
Pilih Pakatan, Jahanam negara!!
.
2 comments:
kalau lutfi baca ni dia hangin la kat hang A.S oii.
hehehe
JASA di Padang Serai Kedah macamana pula
Post a Comment