pic hiasan |
Bee Hwa berkata, dia sudah menyewa sebuah premis di tingkat bawah bangunan dua tingkat itu sejak 12 tahun lalu dan mendapati remaja atau pasangan kekasih sering menjadikan tingkat atas bangunan terbabit sebagai tempat mereka berasmara. Menurutnya, dia bertambah geram apabila sering terhidu bau hancing dan terserempak pasangan remaja melakukan perbuatan tidak senonoh itu di situ.
“Mereka menjadikan tangga tingkat atas untuk berdua-duaan kerana banyak premis di tingkat atas kosong dan jarang ada orang naik ke tingkat atas. “Saya sudah lali dengan keadaan ini dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini,” katanya. Bee Hwa berkata, dia juga mohon kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelenggarakan bangunan terbabit yang didakwanya seakan-akan diabaikan.
Katanya lagi, penyewa di premis bangunan terbabit menghadapi beberapa masalah akibat bumbung bangunan yang bocor dan menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir sempurna mengikut saluran air di atas bumbung itu. “Apabila hujan, air akan melimpah ke bahagian bawah dan kadang-kala menyebabkan premis berdekatan bumbung bocor terkena tempias air yang melimpah itu. “Saya sudah maklumkan kepada PBT setiap kali membayar sewa bulanan premis ini, namun tiada tindakan diambil sehingga kini,” katanya.
1 comment:
Dalam segala ilmu yang ada di atas muka bumi ini, tolong nyatakan bagaimana sesebuah kerajaan itu dapat mengekang nafsu serakah manusia yang ada dalam pentadbirannya?
Post a Comment