Ahli Jawatankuasa Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik berkata, tujuh kerusi itu membabitkan lima kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen.
Katanya, keadaan itu berdasarkan kedudukan PKR di Terengganu yang disifatkan sebagai kategori ketiga.
“Kedudukan PKR dalam kategori pertama adalah seperti di Sabah dan Sarawak di mana kita sendiri tiada kekuatan di sana. Kategori kedua melibatkan kawasan campuran dan kategori ketiga adalah di kawasan majoriti Melayu seperti di Terengganu.
“Jadi, dengan kedudukan PKR dalam kategori ketiga di negeri ini, Pas kena mengurus seluruhnya dengan kerjasama PKR, sebagaimana Pas juga memberi kerjasama kepada PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini.
Laporan media semalam menyebut kepimpinan PKR Terengganu hanya mampu menerima keputusan Pas memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengerusinya Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi.
"Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita.
"Saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya.
.
*************************
PAS dan PKR dah jadi macam anjing dengan kucing!
Semua sama saja gila kuasa nak tunjuk sapa hebat nak kerusi lebih kononnya nak tunjuk parti depa la yang paling power!
Tu tak masuk watak DAP lagi!!
Oppss!! PAS mana berani lawan cakap towkey DAP! Hehehe
PAS is DEAD!!
2 comments:
Dua2 pentingkan kuasa, bknnya rakyat!!
JOM BUAT PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN DEPAN RUMAH AMBIGA!!! Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/
salam,
mp azan tak buat apa pun kat parlimen indera mahkota , pahang. setakat gantung banner ucap selamat raya puasa, haji, cina , deepavali jer. ni tengah standby nak cari port lain nak berak pulak. kalu pas bagi kawasan hitam, camna nak menang. kemudian kena gaduh dulu dgn org pkr lain utk bertanding. tu yg buat muka kesian minta simpati. mana la tau pas akan kurang berhati-hati dan memberi lebih kerusi.
Post a Comment