Ulama terkenal dari Nigeria pada Isnin (14/5) berkumpul di Mushin, Wilayah Lagos, barat daya Nigeria, untuk menyaksikan upacara penamaan seorang bayi. |
Bayi tersebut bukan bayi biasanya sehingga harus masuk pemberitaan di media, namun bayi yang lahir pada 7 Mei 2012 tersebut dilahirkan dengan membawa sebuah Quran kecil di tangannya dari rahim ibunya. Allahu akbar!
Setelah menyampaikan sebuah kultum, seorang ulama Nigeria, Ustaz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo. Dalam pemberian nama tersebut, Ustaz Abdul Rahman juga menasihati sang ibu dari jabang bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.
Beliau juga menambah bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk menghantar bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, yakni dilahirkan dengan membawa Quran dari rahimnya. Ulama lain yang ikut dalam acara tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komunitas Nasrulifathi Ustaz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komunitas Islam Alifathiquareeb.
Sebelumnya pada Ahad (13/5), ibu dari sang jabang bayi ini menyatakan diri memeluk Islam setelah melihat bayinya dilahirkan dengan membawa Quran dari rahimnya.Kini, si ibu 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian bertukar menjadi Sherifat. Hal serupa juga dilakukan oleh nenek si bayi yang dulu memeluk agama Kristian sekarang menjadi seorang Muslim dan menukar namanya dengan nama Islami.
Di luar rumah si bayi, berpuluh pedangang tumpah ruah menjual pelbagai cenderamata tentang bayi tersebut, mulai dari baju, tasbih, dan foto-foto si bayi yang lahir membawa Quran tersebut. Kelahiran si bayi tersebut hingga saat ini masih mengundang kontroversi, di mana para sekularis menganggap sesuatu yang mustahil bagi seorang bayi dilahirkan dengan memegang (membawa) Quran dari rahim sang ibu.
Namun di lain pihak, banyak yang berpendapat bahawa apa pun boleh terjadi jika Allah berkehendak. Wallahu’alam bish shawwab ….
***************
Kuasa Allah melebihi segala-galanya. Tidak mustahil perkara ini berlaku. Keluarga bayi itu semua memeluk Islam setelah melihat kebesaran kuasa yang berlaku.
Namun aku cuma sedih apabila PAS sering mendakwa kononnya DAP dan kafir dalam pakatan dah terima Islam. Tapi itu semua retorik belaka. Tiada langsung setakat ini sesiapapun yang memeluk Islam hasil ajaran Islam yang dibawa oleh PAS.
PAS hanya diperbodoh dan dipermainkan sahaja. Mereka hanya syok sendiri.
Kasihannn..
1 comment:
mmm cara pembedahan atau cara biasa?
Al-Quran keluar dari faraj wanita?
Berat cakap ini penipuan setaraf kubur Ibrahim Libya wangi. Nak kaut untung kutip derma sedekah
Post a Comment