2 Din Bersatu Dalam Satu Majlis! Alhamdulillah..

Pic Hiasan. Gambar lama Semasa Ustaz Nasha Timbalan Presiden PAS sebelum Mat Sabu jatuhkan Beliau.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini.

 Muhyiddin, yang tiba pukul 3.40 petang, berada kira-kira 30 minit menikmati jamuan bersama pasangan pengantin Nusaibah Nasharudin, 25, dan Mohd Nazri Husain, 27, serta bergambar kenang-kenangan bersama mereka.

 Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

 Ketika ditemui pemberita, Nasharudin yang juga Anggota Parlimen Bachok, berkata beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat lain yang sudi hadir menyerikan majlis itu walaupun berlainan ideologi politik.

 Nusaibah, anak tunggal perempuan dalam kalangan lima beradik, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala suaminya seorang arkitek.- Bernama

**************


Aku yakin, mestilah pemimpin PAS ada yang turut hadir ke majlis tersebut. Takkan sebab Nasharudin dah kurang sehaluan dengan mereka sekarang, terusnya dibuang si Ustaz Nasha tu. 
Cuma mungkin tak dilaporkan oleh Bernama saja.
Tapi aku hormat kepada TPM dan pemimpin UMNO lain yang  mengutamakan ikatan ukhuwwah sesama Islam.
Bukannya seperti PAS yang mana demi DAP chauvinis keparat , sanggup mereka hina dan cerca rakan sesyahadah mereka!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...