Terkini! Umno makin nazak di Nibong Tebal! (bergambar)






Kali ni tajuk bagi reverse psycho skit nak kasi pecacai pakatan makan hati.

Di sebalik tohmahan pakatan haram kununnya rakyat semakin menolak umno terutamanya golongan muda, maka malam ni aku turut hadir di satu program di Sg Bakap untuk melihat adakah benar dakwaan tersebut.

Program ini ialah penubuhan satu cawangan umno baru di Kg Seethu iaitu satu kawasan perkampungan kecil dalam dun Sungai Bakap. Seramai 70 orang menyerahkan borang keahlian baru ahli umno dan 30 lagi borang akan menyusul.
Lebih membuatkan aku teruja, 75% dari angka tersebut adalah datang dari golongan muda!
Tempat program tersebut turut dirasmikan sebagai bilik Gerakan Pilihanraya yang mana sebelum-sebelum ini, tiada sebarang bilik Gerakan pun dalam pilihanraya yang lepas.

Ada juga sebahagian dari mereka merupakan bekas penyokong kuat pakatan haram yang telah tersedar dari terus diperdaya oleh pakatan.

Dato Zainal Abidin Osman hadir bagi menerima kemasukan ahli-ahli baru Umno tersebut dan memberikan kata-kata perangsang kepada mereka yang hadir.

Turut hadir, lebih 10 orang warga kaum India di sekitar kawasan tersebut bagi menyatakan sokongan yang tak berbelah bagi kepada BN.

Arus perubahan semakin kuat ke arah BN di Nibong Tebal dan InsyaAllah, kerusi parlimen Nibong Tebal dan Dun Sg Bakap mampu ditakluki semula!

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Anonymous said...

tahniah...

kuatkan dan lipatgandakan usaha untuk kemenangan di masa hadapan...

pejuang hamas...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...