Polis ada bukti unsur-unsur mahu kematian
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa terdapat unsur-unsur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang mahu menyebabkan kematian. Ini, katanya, berdasarkan kepada bukti video yang dikumpul oleh polis semasa perhimpunan tersebut.
Khalid berkata polis mempunyai klip video bahawa memang ada pihak yang mahu kematian berlaku. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, bukan menteri sahaja yang berkata demikian, tetapi pihak polis juga mempunyai bukti. "Memang betul. Memang kita ada merakamkan satu klip, yang ada satu orang tu cakap... Kalau lima orang mati pun tak apa," katanya.
Klip itu, katanya, menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April. Khalid berkata, pihak media dialu-alukan untuk mendapatkan klip tersebut dari pihak polis untuk mengenal pasti individu tersebut. Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan telah diambil terhadap individu tersebut, kerana hanya dengan mengatakan perkataan tersebut, tidak menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang.
"Belum lagi (tangkap). Tidak ada apa-apa kesalahan pun, dia cuma cakap saja... Sehingga tengah hari ini sudah 21 orang telah ditangkap. "Ada yang serah diri, ada yang ditangkap, sudah 321 orang. Jadi memang bagi sampai esoklah. "Kita pun dah mula kenal pasti mereka melalui gambar-gambar. kalau mereka tak datang serah diri, kami akan carilah," katanya. -mk
*****************
A.S Kata, apa lagi yang puak pakatan haram mahu nafikan lagi?
Video diatas memang menunjukkan si perusuh-perusuh sanggup berbuat apa saja dalam demo haram bersih 3.0 hinggakan jika ada kematian pun bagi mereka tak mengapa?
Apa tunggu lagi KDN?
Sabitkan saja kesalahan kepada penganjur utama Bershit 3.0 seperti Ambega, Anwar dan tak lupa juga kepada Pok Nik dll kerana membiayai perbelanjaan perusuh-perusuh tersebut!
No comments:
Post a Comment