Tok Non Kutuk Perkasa??

Harap ahli Perkasa yang baca ni dapat faham. UMNO bukan bermusuh dengan perkasa! Pada pendapat peribadi aku, UMNO MUNGKIN bersetuju dengan sesetengah tindakan dan desakan Perkasa dalam memperjuangkan hak orang Islam dan melayu.


UMNO P.Pinang cuma tak setuju dengan tindakan upacara 'pengebumian' si Guan Eng! 
Itu sahaja. 
UMNO berpolitik secara matang, bukan sebagaimana pakatan haram yang merekrut minority mahasiswa bodoh melakukan upacara kematian kepada PM dan menteri.


Apapun, si Guan Eng apek melaka ni memang telah banyak melakukan kerosakan di muka bumi P.Pinang ini.
Contoh terbarunya, Guan Eng telah mencetus ketegangan kaum dengan memfitnah bahawa seandainya BN memerintah, kuil Hindu akan dirobohkan. 
Ini satu kenyataan yang tak bertanggungjawab! Cukup celaka Si Guan Eng ni!


*****************

Umno P Pinang kutuk 'upacara pengebumian' PERKASA 

 Umno Pulau Pinang mengutuk tindakan sekumpulan anggota kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengadakan "upacara pengebumian" di luar kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng Khamis lalu.

 Pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin sman berkata parti itu tidak bersetuju dengan tindakan PERKASA itu. Khamis lalu, kira-kira 30 anggota PERKASA mengadakan "upacara pengebumian" di depan rumah Lim bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.

 Diketuai Ketua Wira PERKASA Risuan Asuddin, mereka berkumpul di depan rumah Lim di Jalan Pinhorn sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu. Kumpulan itu berkumpul kira-kira 15 minit bagi meluahkan tindakan Lim yang didakwa mengabaikan masyarakat itu sebelum bergerak beramai-ramai ke pejabat ketua menteri di Komtar.

 Bercakap selepas mesyuarat jawatankuasa BN negeri hari ini, Zainal berkata tindakan tersebut tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh Umno negeri. Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, Umno dan PERKASA adalah berbeza kerana Umno parti politik dan PERKASA pula sebuah NGO. Zainal juga menegaskan bahawa berpolitik ada hadnya dan Umno tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi.-MK

1 comment:

Talhah said...

Saya berpendapat PERKASA memerlukan penasihat yang lebih khusus lagi terutama bab-bab perhubungan antara kaum dan agama. Ingat tak kisah Ang pao putih hari itu semasa jamuan Tahun Baru Cina? Jawapan PERKASA - terlepas pandang. Satu jawapan yang dangkal sangat. (Saya tau pasal ang pao putih ni masa saya bersekolah rendah lagi- melalui pelajaran TATARAKYAT - sukatan pelajaran sekitar awal 1980an) Imej PERKASA di kalangan bukan melayu ialah pelampau dan rasis. Macam Ku Klux Klan pada persepsi mereka. Imej ini perlu dikikis.

Dalam peristiwa kali ini pula dari gambar-gambar yang saya lihat PERKASA memperolahkan budaya/upacara Hindu. (gambar letak kalung bunga Jasmine kalau tak silap saya jenis bunganya.) Bukan sahaja Hindu tetapi orang Syiah pun kadang-kadang buat. Apakah PERKASA fikir penganut Hindu tidak berkecil hati jika ternampak pekara sebegini?


Kalaulah ingin juga membawa tema kematian kepada GUAN Eng banyak cara yang lebih afdal, lebih sesuai dan nampak manis. Contoh menghadiahkan kepda GUAN ENG JAM mati (bateri habis jarum jam tidak bergerak). Lebih sinis dan tajam lagi jika angka jam menunjukkan angka 4. Ataupun letakkan kereta jenazah di hadapan pagar. Ataupun pakat-pakat semua memakai pakaian serba hitam atau putih. Ini semua "suwey" kepada bangsa Cina dan tidaklah pula menghina penganut agama Hindu. ataupun hadiahkan dia pamplet iklan jualan Tanah perkuburan Cina (Macam Nirvana Memorial tu).

PERKASA perlu bijak sedikit dalam tindakannya sebab akhirnya UMNO juga yang kena. Carilah seorang penasihat dalam hal-hal sebegini. Jangan main hentam sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...