Santai A.S: Ditikam Kerana Bergaduh Baju Dalam!

Perempuan selalunya bergaduh bila berebut jantan. Hari ini anda akan membaca berita perempuan bergaduh kerana berebut baju dalam. . Virginia L. Frye (30) kini ditahan polis Kentucky Amerika Syarikat kerana menikam Erica Canada sebanyak enam kali.

Pergaduhan bermula apabila Virginia cuba mendapatkan baju dalam beliau yang disimpan di rumah Erica. Erica enggan memulangkan pakaian dan baju dalam Virginia dan apabila mereka bertemu pergaduhan meletus.

Menurut Virginia, Erica cuba memukul beliau dengan menggunakan spanar dan beliau menikam Erica untuk membela diri. Virgina kemudian melarikan diri dari tempat kejadian. Erica kini didalam wad kawalan rapi tetapi keadaan beliau dilaporkan stabil. Ketika ditahan, pisau yang digunakan untuk menikam Erica telahpun dicuci bersih oleh Virginia.

Virginia kini ditahan didalam penjara sementara menanti dibicarakan. Hakim menetapkan wang ikat jamin sebanyak USD 1 Juta keatas beliau kerana cubaan membunuh dan cubaan menyorokkan bahan bukti.

 Pasal bra pun boleh gaduh sampai bertikam-tikam. Bahaya sungguh.

Sumber

2 comments:

Bro Becx said...

tlg jawab kejap bro..

http://brobecx.blogspot.com/2012/05/zahid-md-arip-perlu-baca-dan-jawab.html

Bro Becx said...

tlg jwb isu ni jap broo..

http://brobecx.blogspot.com/2012/05/zahid-md-arip-perlu-baca-dan-jawab.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...