Aziz Desa Tidak Sign Tuntutan Royalti Minyak Kelantan. Ini Boleh Bikin Pok Nik Murka?

Bersama Kepimpinan Pemuda PAS Kelantan
Dalam Expo Perdagangan Dunia Islam yang diadakan di Stadium Kota Bharu, Aziz Desa yang sekarang menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Centre seperti yang telah dilaporkan oleh adukataruna telah dikatakan telah mengelak untuk menandatangani petisyen tuntutan royalti minyakrakyat kelantan terhadap kerajaan pusat.

Alasan Aziz Desa memang wajar dimana beliau menyatakan bahawa beliau bukan rakyat Kelantan.
Ini memang jawapan yang selamat dan amat berpatutan dengan kapasitinya yang kini hanya bertugas di Kelantan.
Hal orang Kelantan sewajarnya Aziz Desa tidak perlu masuk campur.
Aziz Desa mengakui bahawa beliau perlu menumpukan tugasnya bagaimana untuk memajukan lagi Kelantan Trade Centre.

Jangan pula Aziz Desa dikenakan tindakan disiplin seperti penamatan perkhidmatan disebakan insiden ini pula.
Puak-puak PAS ni bukan boleh kira punya orang.
Korang tengok video dorang serang ceramah Dr Zulkufili Nordin udahlah, dah macam orang hilang akal gara-gara tak tahan telinga!

2 comments:

Luke said...

Kelantan berhak dapat royalti.

zethro said...

Kalo camtu selangor pon layak gak la dpt royalti. Sbb ramai org kelantan cari mkn kat selangor, tutup peluang pd rakyat selangor tu sendri. jd kalo rakyat kelantan dpt royalti, sepatutnya ade certain amount of percentage bg kat rakyat selangor juga. Tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...