Azmin dan Zuraida Jadi Mangsa: Sendiri Bikin Tuduh Orang Lain?


Umno Ampang mendakwa orang pembangkang terutama PKR sendiri yang merosakkan papan tanda serta poster dan sepanduk parti itu di Ampang.
“Ia termasuklah vandalisme seperti merosakkan papan tanda dan poster pemimpin PKR seperti Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua Wanita,  Zuraida Kamaruddin,” kata Ketua Umno bahagian, Datuk Ismail Kijo.
Ismail berkata, beliau mendapat maklumat berkenaan daripada bekas-bekas ahli dan penyokong PKR.
Katanya, mereka memberitahu, ahli PKR yang memasang sepanduk atau poster atau bendera mereka, kemudian mereka menyembur atau merosakkan.
“Tujuan mereka berbuat demikian ialah supaya orang ramai melihat, orang Umno yang melakukan perbuatan tersebut.
“Kita sudah masak dengan perkara-perkara ini,” katanya lagi.
Menurut Ismail lagi, jika benar orang Umno yang melakukannya, PKR boleh membuat laporan polis untuk disiasat.
Katanya, beliau sendiri telah mengeluarkan arahan kepada ahli dan penyokong Umno supaya tidak mengacau pembangkang.
“Sebaliknya banyak kain rentang kami (Umno) yang diambil oleh penyokong pembangkang tetapi kami tidak bertindak balas,” tambah Ismail lagi.
`Hak mereka (PKR) ‘
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Gombak, Ismail Ahmad berkata, pihaknya tidak pernak merosakkan poster atau sepanduk PKR dan mana-mana pemimpin pembangkang di kawasan itu.
“Jika ada yang membuat dakwaan orang Umno yang melakukannya, ia bohong semata-mata.
“Kalau mereka (PKR) hendak pasang, pasanglah. Itu hak mereka.
“Terpulang kepada kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membenarkan poster atau sepanduk dipasang di Gombak.
“Sudah berpuluh-puluh tahun orang Umno Gombak tidak pernah menganggu hak parti lain,” kata Ismail lagi.
Azmin adalah ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa yang terletak di Ampang. Manakala Zuraidah merupakan ahli Parlimen Ampang.-FMT


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...