BN Buang tebiat? Janji Hapus Tol Jika Menang PRU!

Hangpa jangan terkejut pula!
Kerajaan BN sentiasa realistik dalam setiap janji yang dilakukan.

Bukannya seperti pakatan haram yang berjanji bulan dan bintang yang mana mustahil untuk dilaksanakan. Jika mampu dilaksanakan sekalipun, kesannya besar kepada ekonomi negara dan rakyat Malaysia dimana tak mustahil negara ini akan bankrap. Ini suatu yang pasti.

BN berjanji sesuatu yang logik dan mampu untuk dikotakan. Menghapuskan tol laluan motosikal Jambatan P.Pinang adalah sesuatu yang realistik dan mampu untuk ditunaikan.

************
Barisan Nasional (BN) akan meminta Kerajaan Pusat agar menghapuskan tol laluan motosikal Jambatan Pulau Pinang jika menawan kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Janji itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Beliau berkata, ia merupakan salah satu perkara akan dimasukkan dalam manifesto BN negeri demi  meringankan penunggang motosikal.

Menurutnya, penghapusan tol itu sekali gus memberi manfaat kepada pengguna motosikal berjumlah kira-kira 15,000 orang yang melalui jambatan setiap hari untuk berulang-alik dari tanah besar ke bahagian pulau.

“Jika kita lihat, hanya Pulau Pinang sahaja satu-satunya negeri yang mengenakan tol untuk motosikal. Meskipun ia hanya RM1.40, tetapi jika dicampur dengan duit minyak yang perlu diisi kira-kira RM3 sehari, agak membebankan pengguna yang majoritinya adalah pekerja.

“Justeru, kita akan minta kerajaan pusat mengkaji semula untuk menghapuskan tol di jambatan sekiranya kita kembali memerintah Pulau Pinang pada PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Juara Rakyat ‘Himpunan Anak Muda’ Bahagian Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini, hari ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...