Mansor Kena Sekeh Dengan Pemuda Pas P.Pinang

Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mendesak pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan terhadap penaja majlis makan malam 'Bertam Nite' anjuran parti itu kerana mempersembahkan tarian seksi untuk tontonan umum.

Setiausahanya Afnan Hamimi Taib Azamudden memberitahu Bernama di sini hari ini, Pemuda Pas tidak boleh menerima alasan PKR bahawa mereka tidak mengetahui mengenai persembahan tarian seksi pada majlis anjuran Jawatankuasa Gerak Kerja Pilihan Raya PKR kawasan Dewan Undangan Negeri Bertam pada Ahad lepas.

"Jika dikatakan ada unsur sabotaj sekalipun, sepatutnya pihak penganjur perlu segera menghentikan tarian tersebut dan tidak membiarkan ianya terus berlangsung sehingga menjadi tatapan hadirin dan dirakam secara bebas," katanya.

Katanya secara tidak langsung imej parti komponen lain yang bekerjasama dengan PKR turut tercalar ekoran penganjuran majlis-majlis seperti itu."Saya mendapat maklumat pemimpin Pas bahagian Kepala Batas turut dijemput hadir dalam majlis itu dan jika benar PKR tidak menganjurkannya mengapa terdapat logo PKR di pentas itu?" katanya.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman dalam kenyataannya semalam dipetik sebagai berkata, persembahan tarian seksi yang memaparkan tiga penari perempuan memakai skirt pendek itu tidak dianjurkan oleh parti berkenaan.

Katanya, ia adalah kesilapan penaja kerana persembahan yang dicadangkan ialah tarian tradisonal dari pelbagai kaum. - Bernama

KAH KAH KAH RAKAN SEKATIL PKR IAITU PAS PUN TAK BOLEH TERIMA ALASAN MANSOR BAHAWA BUKAN PKR YG MENGANJURKAN PROGRAM TERSEBUT.

BUDAK TADIKA 6 TAHUN PUN RETI ITU LOGO DAJAL MATA SATU IAITU PKR.

PAS SILA BERAMBUS DARI PAKATAN HARAM YG MERUGIKAN UMAT ISLAM ITU.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...