Keputusan terhadap Chan Hon Keong (gambar), 29, dibuat oleh Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin selepas beliau meneliti fakta kes dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan sepanjang perbicaraan berlangsung. Ikmal Hishan berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan melibatkan kepentingan orang ramai.
''Ini satu-satunya kes menghina Sultan Perak yang dibicarakan secara penuh di mahkamah. ''Selepas meneliti dan berpuas hati dengan fakta dan hujah yang dikemukakan oleh kedua- dua pihak, dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bermula hari ini dan denda maksimum RM50,000 dan jika tidak bayar, penjara lagi enam bulan,'' katanya.-Utusan
***************
A.S: Untuk makluman korang, budak ni maki hamun Sultan semasa kes tertukarnya pemerintahan kerajaan Perak daripada pakatan ke Barisan nasional 3 tahun lepas.
Sewajarnya sesiapa jua yang biadap dan menghina institusi payung kedaulatan negara seharusnya menerima hukuman sebegini seperti Nizar memfitnah Sultan Johor dalam isu membida plet WWW1 baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment