Teo Ni Ching Boleh Terkencing Dengan Laporan SPRM Yang Dilakukan MP Nibong Tebal


Jangan pecacai pakatan ingat DAP parti suci murni langsung tiada korupsi!
Kepimpinan Kerajaan negari DAP di Pulau Pinang yang terlalu banyak persepsi negatif sekarang ini juga mengundang ragu-ragu di kalangan rakyat mengenai tahap ketelusan DAP yang sebenarnya.
Berita dibawah ini juga satu bukti bahawa walaupun Ahli Parlimen itu sendiri tidak terlibat, balaci-balaci setia yang menjadi pegawai khas atau pembantu khas mereka takkan melepaskan peluang untuk mengaut keuntungan yang terhidang di depan mata.
Tidak mustahil jika pakatan memerintah Putrajaya (Nauzubillah), maka raya sakan puak-puak ni melihat pelbagai peluang buat duit yang boleh dilakukan dengan pelbagai cara akan digunakan sebaik-baiknya. 
Bila dah tersepit, mau guna samseng pula? Puak-puak pakatan haram ni tak bleh pakai punya orang!
**************
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng hari ini menyerahkan bukti penyelewengan pembantu politik Ahli Parlimen DAP-Serdang Teo Ni Ching yang menerima wang sogokan sebanyak RM18,000.
Bukti itu meliputi surat aduan kepada Menteri Besar Selangor, Jawatankuasa Lembaga Disiplin DAP, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai
Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), laporan polis, termasuk dokumen transaksi wang daripada pemilik premis, Yap Kon Ming kepada pejabat Teo.
Bukti yang melibatkan pembantu Teo, Chan Huan Guan itu diserahkan Tan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang tadi.
Tan ketika ditemui menafikan beliau sengaja memfitnah Teo dan Chan kerana mempunyai bukti kukuh atas dakwaan itu.
Katanya, walaupun ada kemungkinan Teo tidak terlibat secara langsung, namun Teo dan DAP perlu menyiasat sendiri secara keseluruhan kerana ini membabitkan penyelewengan dan salah guna kuasa pegawainya sendiri.
“Isu ini bukan kerana membabitkan jumlah wang yang besar atau kecil tetapi ia membabitkan prinsip korupsi.
“Pengadu juga menerima tekanan beberapa pihak sehingga dipecat DAP kerana mengemukakan masalah tersebut…ini tak adil,” katanya.
Sementara itu, Tan turut mendakwa dirinya menjadi sasaran sekumpulan samseng apabila cuba membuat laporan polis di Seri Kembangan di sini tengahari tadi.
Katanya, beliau yang hadir ke Balai Polis Seri Kembangan kira-kira 1.30 tengahari tadi kemudian membatalkan niatnya untuk membuat laporan polis berhubung isu ini apabila melihat kira-kira 10 orang samseng sedia menunggunya dihadapan balai.
Tan sebelum ini mendakawa Chan menerima wang sogokan sebanyak RM18,000 daripada Yap yang menyewakan premisnya di Cheras kepada Teo sejak 2009.
Tan mendakwa separuh daripada kadar sewaan RM1000 sebulan yang dibayar Kerajaan Selangor kepada Yap itu diambil oleh Chan.
Yap yang sudah tidak tahan dengan kes itu sudah membuat laporan kepada kerajaan Selangor tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil.-FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...