Ibu kepada ahli parlimen PKR Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, di rompak sebelum subuh di rumahnya di George Town hari ini,
lapor The Star dalam laman web mereka.
Menurut akhbar tersebut, Fatimah Ahmad dikejutkan oleh lelaki bersenjata meminta wang dan barang beharga daripadanya.
Ibu berumur 73 tahun yang tinggal seorang dirumah pada waktu itu dilaporkan dipukul di muka semasa kejadian dan kehilangan wang sebanyak RM3,000.
Fathimah kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 6.30 pagi.
Ada pihak meragui pihak berkuasa yang mengatakan statistik kadar jenayah menurun berbanding sebelumnya.
Pemandu baru-baru ini turut menyalahkan media yang didakwanya sering mensensasikan jenayah.
“Mereka (media) harus bekerjasama dengan polis dan sering berhubung mengenai kes-kes yang telah berjaya diselesaikan,” kata ketua Pemandu Datuk Seri Idris Jala dalam sebuah wawancara.
“Kadangkala kita harus tumpu kepada perkara positif untuk mewujudkan keadaan yang baik.”
Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussien baru-baru ini mengatakan kes jenayah berprofil tinggi hanyalah kes-kes terpencil.
Aku harapkan dengan insiden yang terjadi ni janganlah pula nanti dipolitikkan oleh YB Yusmadi. Anggaplah tiada rezki kita. Wang boleh dicari, namun yang penting ibunya selamat.
Kerajaan telah sedaya upaya melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
No comments:
Post a Comment