Lagi Selebriti Wanita Bantai Abby Adabee??

Syabas aku ucapkan kepada Kak Jee kerana berani menyatakan kebenaran dan apa yang terbuku di hati beliau. Aku yakin Kak Jee tidak memfokuskan kepada Abby sahaja, 

Kak Jee berceloteh secara umum. Ini termasuklah mana-mana artis 'basi' yang sekarang ini berdiri atas pentas pakatan dan biadap menghentam kerajaan memerintah sekarang.
Muhasabahlah diri anda wahai artis yang lupa daratan!

Anda tak cukup sempurna untuk mengkritik orang lain! 
Betulkan diri anda dulu sebelum ada hati nak tegur orang lain.

************************
Apa yang Kjee tulis ni, adalah luahan hati Kjee. Tidak khusus ditujukan kepada sesiapa tetapi ia adalah pemerhatian Kjee secara rambang. Kjee tahu Kjee akan dihentam berbakul2 oleh mereka tetapi itu sudah menjadi lumrah.



My Photo
Steady Kak Jee

Ramai yang suka luahkan perasaan mereka melalui maya sebab orang tak kenal mereka. Pengecut namanya, Tetapi Kjee rasa  ada segelintir manusia yang kenal Kjee dan Kjee sikit pun tidak rasa takut untuk meluahkan isi hati Kjee. I write what I see.

Kjee nak story kali ni pasal insan2 yang berhijrah. Setiap kali ada insan2 ini yang melaung2kan mereka telah 'berhijrah', Kjee tengok 'penghijrahan' mereka hanya setakat pakai tudung litup dan mengenakan pakaian menutup aurat. Selain daripada itu, mereka lupa tutup sesuatu yang sangat2 penting! Mulut mereka! .

Maaflah. Kjee cukup jahil berkaitan Agama. Tetapi Kjee cuba sedaya upaya meneruskan dan melaksanakan apa2 tuntutan Agama kita seperti mana yang telah diturunkan kepada Kjee. Kjee akui, peribadi Kjee dulu dan sekarang amat berbeza. Tetapi Kjee tidak pernah gunakan perkataan 'berhijrah' kerana perkataan itu terlalu 'keramat'!

Kalau setakat Kjee pakai tudung dan mengenakan pakaian yang menutup tubuh yang sepatutnya, Kjee tak berani guna perkataan 'hijrah'. Hijrah pada Kjee ialah, Kjee fokuskan diri  jadi insan yang solehah, jauhi segala yang dilarangNya. Jaga mulut, jaga adap sopan.

Dan Kjee yakin Kjee belum boleh mendabek dada mengatakan Kjee sudah berhijrah kalau Kjee tidak dapat melakukan semuanya dalam ertikata yang sepatutnya. Mulut ini masih lagi tidak dapat dikawal. Dan kekadang tingkah lakupun sukar hendak dibendung. Cakap ikut suka mulut dan keadaan semasa.

Anyway, terlalu ramai yang sekarang ini suka sangat menggunakan perkataan 'Hijrah'. Apakah dengan berselindung disebalik perkataan 'Hijrah', seseorang itu sudah boleh mencuci dosa2 silamnya? 

Kjee berkata sedemikian sebab Kjee ada kenal seorang dua insan yang berhijrah kerana hendak mencuci dosa2nya. Tetapi sedihnya, dosa lama belum lagi sempat dicucinya, dia tambah lagi dosa baru iaitu mencaci, menesta dan mengkeji.

Yang paling Kjee tidak sanggup ialah mereka yang setelah berhijrah, terlupa 'tangan yang pernah menyuapnya makan dulu ataupun yang pernah melindungi keluarganya dulu'. Tidakkah mereka sedar betapa besarnya dosa mengenepikan insan2 yang pernah menghulurkan bakti kepada mereka?

Manusia Tak Sedar Diri! Ilmu Takat Sejengkal, Ada Hati Nak Blame Orang Lain
Sebab itulah, wahai kalian semua. Kalau nak bertukar fesyen daripada yang sekarang kepada fesyen Muslimah, lakukan dengan tertib dan senyap2. Janganlah kata awak lakukan kerana 'berhijrah' seandainya tidak dibawak sekali 'mulut' dan 'perlakuan' untuk berubah dari yang kurang elok kepada yang elok.

Janganlah 'menakut2kan orang lain' yang ingin betul2 ingin 'berhijrah'. Buat apa pun, biarlah berpada2.

Allah Subhanata Ala tahu dan nampak segala2nya. Dan Allah swt Maha Pengampun!

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah Kak Jee admit yang kak Jee jahil..oleh tu..jangan cakap kosong je. eloklah dipertingkatkan ilmu dah usaha utk tak jadi terlalu jahil sbb kejahilan hanya membawa ke lembah kebinasaan. harap kak jee boleh terima teguran sprt mana kak jee tegur orang lain.

Anonymous said...

Tahniah, buat kak jee kerana bersikap rendah diri tapi dari luahan katanya dpt dirasakan beliau ikhlas dlm menasihati rakan seperjuangan.

Buat insan yg bernama abby abadee ini jgnlah dek kerana mulut dan sikap anda mendatangkan lebih bnyk kemudharatan dan dosa pula. Dari raut wajah abby juga lebih kpd muka yg penuh dendam, sombong dan lebih2 lagi mcm orang bangangg!! Beza betoll.

Anonymous said...

Rezeki ALLAH yg bagi bukan tangan yg menyuap tu yg menentukan rezeki, sedang hati Allah juga yg tahu sedang org luar hanya boleh nampak di permukaan, teguran adalah suatu yg baik kerana ingat mengingatkan adalah memberi manfaat kepada org mukmin, peringatan untuk sya dan semua

Anonymous said...

Maaf.. cara KJee bertudung tu pun belom lagi masuk ketegori menutup aurat sepertimana kehendak syariat.. sekadar fesyen gertudung saja.. Cuba belek2 buku atau kitab2 agama bagaimana acra bertudung menutup aurat dengan betul.. Jangan nak komen orang lain.. tenguk diri sendir i dulu.. semoga kita sama2 diberi petunjuk dan hidayah.. insyaallah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...