Suami Merangkak Atas Jalanraya 1000 Meter untuk Mohon Maaf Kepada Isterinya! Anuwar??

Pada 30 Jun lalu, kira-kira jam 1:40 petang di Putian, Fujian, seorang lelaki telah merangkak di atas jalan raya sambil menunduk
kepalanya ke tanah setiap kali dia merangkak ke hadapan. Beberapa pekerja dan pelanggan di sebuah restoran yang berhampiran telah turun untuk melihat apa yang berlaku.

Lelaki yang merangkak ini sangat muda dan kacak. Dahi pemuda ini telah lebam dan berdarah kerana perbuatannya yang merangkak dan menghentakkan kepalanya di sepanjang perjalanan. Orang ramai yang tidak sanggup melihat kejadian ini telah meminta beliau berhenti tetapi pemuda itu mengucapkan terima kasih dan enggan menerima bantuan.

Beliau berkata beliau telah melakukan sesuatu kesalahan besar kepada isterinya, dan untuk meminta maaf, beliau akan merangkak seperti ini sehingga tiba ke Zhengrong Times Square. Dari lokasi semasa lelaki ini ditemui sehinggalah ke Zhengrong Times Square, pemuda itu perlu menempuhi jarak perjalanan sejauh lebih daripada 1000 meter.

Menurut saksi-saksi berhampiran, lelaki itu telah merangkak sejauh kira-kira 200 meter sebelum seorang wanita tiba dengan sebuah motosikal dan kemudian menahan sebuah teksi sebelum membawa lelaki ini pergi.

**********


Persoalannya, Sanggupkan Anuwar jika terbukti dia melakukan aktiviti tak bermoral yang didakwa seperti balun bini orang, balun jantan, balun china doll dll sanggup melakukan tindakan yang serupa kepada Jijah sebagaimana lelaki cina di atas lakukan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...