3 Tokoh Ulamak Arab Saudi Dibeli Oleh Najib?

Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.



Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Najib memberitahu wartawan Malaysia di Makkah, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Katanya, para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

"Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya," katanya.

Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.

- Bernama
A.S KATA BEGITULAH TIPIKAL MINDA PECACAI PAKATAN YANG MUNGKIN KELUARKAN KENYATAAN SEBEGITU KERNA SAKIT HATI DENGAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH 3 ORANG ULAMAK TERSOHOR ARAB SAUDI. 

ORANG LUAR TERUTAMANYA NEGARA ISLAM LAIN SEMUANYA MENGIKTIRAF KERAJAAN ISLAM MALAYSIA. 

TAPI DI SINI ADA SEGELINTIR PECACAI YANG TAK HABIS-HABIS MEROYAN DAN MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN ISLAM DI MUKA BUMI MALAYSIA INI. LEBIH MALANG LAGI, ADA PIHAK YANG JADI BARUA KAPIR HARBI HENDAK MELEMAHKAN KEKUATAN ISLAM DI NEGARA INI.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...