Sadis! Anak-Anak Yatim Telah Dihalau Dari Rumah Perlindungan Di Rawang? Ikuti Penafian Scom Yang Difitnah!i


 




https://www.facebook.com/photo.php?f...&type=1&ref=nf


ATTENTION : PUCHONG - Kisah Anak2 Yatim Yang Telah Dihalau Dari Rumah Perlindungan Di Rawang dan Kini Menghuni/MENUMPANG surau di TAMAN LESTARI Puchong Yang mana dihantar dengan LORI 18 Kesemuanya pada pukul 3 PAGI....... Apa yang menyedihkan MEREKA berbuka PUASA hanya mampu membeli 8 KETUL AYAM Goreng dan DIKONGSI BERAMAI2........ DIHARAP KAWAN2 YANG MAMPU/Ingin MENYUMBANG bolehlah Pergi Ke SURAU Diatas Bagi sama2 membantu Anak2 AMANAH ALLAH ini...... Sumber yang saya dapat adalah daripada GROUP HASIL yang telah sampai disana bagi meninjau dan menghulurkan bantuan....
Susulan dari artikel kami yang bertajuk ‘Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 1′ , tengahari tadi saya dan beberapa orang rakan telah pergi ke surau sementara Taman Lestari Putra dikatakan telah menempatkan anak-anak yatim yang dihalau keluar dari sebuah rumah perlindungan tahfiz yang terletak di Rawang. 

Surau ini terletak tidak jauh dari persimpangan Seri Kembangan di lebuhraya LDP menghala ke Putrajaya. Sesampainya kami disana, kami disambut oleh ustaz dan penduduk taman perumahan yang ada di surau itu. Keadaan surau yang masih belum lengkap dan bahang sedikit sebanyak agak menyentuh hati kami akan tetapi tidak kelihatan anak-anak yatim seramai 18 orang yang telah disebutkan seperti artikel sebelum ini.


Tempat dimana anak-anak yatim ini tidur. Sebelum ini mereka terpaksa tidur di atas lantai simen kerana keadaan surau yang serba baru dan tidak sempurna. Ustaz Abdullah memasang penghadang putih bagi mengelakkan air hujan masuk ke dalam kawasan surau.

Kami terlebih dahulu berbual dengan seorang ustazah, iaitu rakan baik kepada ustaz Abdullah Iraqi sebelum berbual dengan ustaz Abdullah sendiri selepas solat Zohor. Ustaz Abdullah Iraqi merupakan penjaga surau sementara Taman Lestari Putra, dan kami menemubual mereka untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi pada anak-anak yatim tersebut. 

Menurut kata mereka, memang benar seramai 18 orang anak yatim tahfiz yang berumur 7 tahun hingga 15 tahun telah dihalau oleh sebuah rumah perlindungan untuk para tahfiz yang terletak di Rawang, Selangor kerana berlaku penyelewengan wang zakat yang diamanahkan kepada rumah perlindungan tahfiz tersebut

Menurut mereka, Scomi dan juga syarikat M ada silapnya. Pertama, syarikat M dah dapat duit, tetapi tak diberi kepada anak-anak yatim ni. Kedua, yayasan Scomi bertindak menghalau keluar anak-anak yatim ini meskipun mereka tahu anak-anak itu tidak bersalah dan tiada tempat untuk berlindung.



Ustaz Abdullah Iraqi dan Ustaz Firdaus, penjaga anak-anak yatim

Rumah perlindungan tahfiz yang terletak di Rawang itu diuruskan oleh sebuah syarikat M dengan menggunakan sumber dana zakat dari Yayasan Scomi. Menurut kata penjaga anak-anak yatim tahfiz itu, Ustaz Firdaus, Yayasan Scomi telah mendapat tahu bahawa wang yang disalurkan kepada mereka tidak digunakan untuk pembelajaran anak-anak yatim tahfiz tersebut dan anak-anak yatim itu tidak mendapat SATU SEN pun duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk mereka. 

Pihak Yayasan Scomi bertindak untuk menutup rumah perlindungan tahfiz tersebut 1 minggu sebelum bulan Ramadhan dan sebagai penjaga anak-anak yatim, Ustaz Firdaus telah menghubungi Ustaz Abdullah untuk meminta pertolongan dari segi tempat perlidungan sementara buat 18 orang anak-anak yatim tahfiz ini. Mujur Ustaz Abdullah sedang dalam proses untuk membina surau sementara di Taman Lestari Putra dan bersetuju untuk membantu Ustaz Firdaus dan anak-anak yatim tersebut.
 
Dan pada hari kejadian iaitu 1 minggu sebelum Ramadan, seramai 18 orang anak yatim bersama penjaga telah menaiki lori dan pergi ke surau sementara di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan pada pukul 3 pagi. Dan di surau yang berlantaikan simen sejuk dan masih belum siap sepenuhnya inilah mereka menempatkan anak-anak yatim itu dan menjadikan surau itu sebagai pusat perlindugan sementara sebelum membuat apa-apa keputusan lanjut. Anak-anak yatim itu terpaksa tidur di atas tikar kerana mereka hanya dapat menempatkan beg dan barang di dalam ruang bilik surau yang sempit. 

Menurut kata ustaz, pada awal Ramadhan lepas, mereka agak sukar untuk mengawal situasi memandangkan keadaan surau yang masih belum siap, dana yang tidak mencukupi dan mujurlah ada penduduk taman perumahan yang sudi membantu dan mengalu-alukan kehadiran anak-anak yatim itu. Penduduk taman perumahan telah mengambil langkah pantas dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menguruskan bantuan kewangan dan keperluan yang diketuai oleh Puan Noraida Bakar dan setakat ini bantuan seperti bekalan makanan iftar dan bantuan lain tidak putus-putus disalurkan sejak 1 minggu lepas.

Mengikut kata ustaz, anak-anak tahfiz ini ada diantaranya anak yang tidak ibu atau bapa, tidak kedua-kedua ibu dan bapa, ada yang datang dari golongan miskin, dan ada juga diantara mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa tetapi bekerja di Chowkit dan sebagainya. Maka, mereka ini dihantar ke pusat tahfiz untuk mendalami ilmu agama tetapi lain pula jadinya. 

Sejak dari Rabu lepas, anak yatim yang mempunyai waris telah dihantar pulang bagi menyambut Aidilfitri ( tetapi yang tidak ada keluarga, tidak dinyatakan pula anak itu beraya dimana), dan mereka akan dihantar pulang ke surau sementara Taman Lestari Putra pada 15 Syawal dan buat masa sekarang jawatankuasa khas masih lagi tidak ada kata putus sama ada untuk terus menempatkan anak-anak yatim itu disitu, atau menghantar mereka ke rumah tahfiz lain yang masih ada kekosongan. Untuk pengetahuan anda, surau sementara ini akan ditutup dari 28 Ramadhan sehingga 5 Syawal kerana penduduk taman akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sebarang keputusan mengenai anak-anak yatim tahfiz ini akan dibuat selepas hari Raya Aidilfitri.

Dua orang anak yatim piatu tahfiz yang masih belum dihantar pulang sempena Hari Raya Aidilfitri. Kata ustazah, mereka ini tiada waris.
Buat sementara ini, bantuan dalam bentuk kewangan, barang keperluan seperti tilam, sabun, ubat gigi, selimut, bekalan makanan kering dan juga cadangan tempat tinggal untuk anak-anak yatim tahfiz selepas ini amat dialu-alukan. Bantuan ini boleh disalurkan terus kepada :

Surau Taman Lestari Putra : No 158, Jalan Lep 1, Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, 43300, Selangor. ( Ustaz Abdullah Iraqi : 0124990668 )
Atau hubungi ahli jawatankuasa sementara Puan Noraida Bakar 0192725596 ( Akaun Maybank2U : 562487301133 )

Saya dan rakan-rakan akan update dari semasa ke semasa dan selepas hari Raya nanti, kami akan sekali lagi pergi ke surau sementara untuk melihat sendiri keadaan anak-anak yatim tahfiz tersebut. Sama-sama kita doakan kesejahteraan anak-anak yatim itu dan diharap akan Tuhan memudahkan urusan penjaga dan juga membuka jalan untuk membantu anak-anak yatim tahfiz nanti.
Ada berita yang kurang enak juga kami dengar dimana seorang jiran yang merupakan seorang wanita berpakaian seperti lelaki, beragama Islam, yang tinggal selang 2 buah rumah dari surau sementara Taman Lestari Putra telah menelefon pihak polis kerana merasa terganggu dengan bunyi azan dan bacaan ayat Quran dari surau sementara dan menganggap kehadiran anak-anak yatim itu mengganggu ketenteraman kawasan perumahan. Tadi kami sempat melihat beberapa orang penduduk taman perumahan berkumpul didepan rumah wanita yang membuat laporan polis, tetapi wanita itu enggan keluar rumah.


PERHATIAN!!
Yayasan Scomi telah menjawab isu ini di blog : http://wanista.com/2012/08/berita-pe...rawang-part-2/

Assalamualaikum wbt. Yayasan Scomi tidak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Keputusan untuk berpindah dari Rumah Perlindungan tersebut di Rawang bukanlah keputusan Yayasan Scomi dan Yayasan Scomi menafikan dengan setegasnya samada secara langsung atau tidak langsung penglibatan kami dalam langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. 

Yayasan Scomi amat kecewa ke atas fitnah yang ditujukan kepada Yayasan Scomi dalam penyataan bahawa sekumpulan anak-anak yatim di halau dari rumah perlindungan mereka oleh Yayasan Scomi. Sebagai satu badan yang bertanggungjawab, Yayasan Scomi memantau dan memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa kepada pihak pentadbiran badan-badan kebajikan yang kami bantu, walaupun sebarang keputusan terakhir adalah dibuat oleh pihak pentadbiran itu sendiri.

Ingin kami tekankan bahawa peranan Yayasan Scomi adalah terhad kepada menghulurkan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan yang ditentukan untuk kerja-kerja kebajikan termasuk bantuan bagi anak-anak yatim, warga miskin dan yang memerlukan termasuk bantuan pendidikan bagi kanak kanak yang memerlukan. Yayasan Scomi memberi bantuan yang sedemikian kepada beberapa badan yang memerlukan dan individu yang termasuk di dalam golongan tersebut.

p/s: A.S RASA MACAM ADA SESUATU YANG PELIK DAN TAK KENA DALAM ISU INI..
SIAPAKAH DALANG SEBENAR DI BELAKANG TABIR YANG MAIN PERANAN DALAM ISU INI? 
SEMACAM ADA KES YANG SEOLAH-OLAH PIHAK PENGURUSAN YANG PECAH AMANAH!

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Yayasan Scomi tidak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Keputusan untuk berpindah dari Rumah Perlindungan tersebut di Rawang bukanlah keputusan Yayasan Scomi dan Yayasan Scomi menafikan dengan setegasnya samada secara langsung atau tidak langsung penglibatan kami dalam langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Yayasan Scomi amat kecewa ke atas fitnah yang ditujukan kepada Yayasan Scomi dalam penyataan bahawa sekumpulan anak-anak yatim di halau dari rumah perlindungan mereka oleh Yayasan Scomi. Sebagai satu badan yang bertanggungjawab, Yayasan Scomi memantau dan memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa kepada pihak pentadbiran badan-badan kebajikan yang kami bantu, walaupun sebarang keputusan terakhir adalah dibuat oleh pihak pentadbiran itu sendiri.

Ingin kami tekankan bahawa peranan Yayasan Scomi adalah terhad kepada menghulurkan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan yang ditentukan untuk kerja-kerja kebajikan termasuk bantuan bagi anak-anak yatim, warga miskin dan yang memerlukan termasuk bantuan pendidikan bagi kanak kanak yang memerlukan. Yayasan Scomi memberi bantuan yang sedemikian kepada beberapa badan yang memerlukan dan individu yang termasuk di dalam golongan tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...