Faktor Cina adalah satu-satunya alasan DAP untuk mengatakan bahawa
mereka layak berkuasa sekali lagi di Pulau Pinang selepas PRU ke 13
berakhir.
Guan Eng begitu yakin dengan undi cina sehingga dalam satu kejadian
di Tanjung Bungah beberapa minggu lepas, Guan Eng dengan selamba meminta
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang membantah projek perumahan lereng
bukit di kawasan tersebut, supaya mengundi BN.
Begitulah takbur dan riak Guan Eng kerana memikirkan undi cina sudah 100% akan memihak kepada DAP.
Tapi tanpa Guan Eng sedar, pengundi cina sekarang (terutama di Pulau Pinang), lebih cenderung untuk menjadi pengundi atas pagar.
Paling ketara, sejak perhimpunan Bersih 3.0 April lepas berakhir
dengan keganasan dan rusuhan. Orang cina semakin sedar bahawa DAP
membiarkan parti itu diperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan
peribadinya semata-mata.
Satu perkara lain yang tidak kurang penting, selama hari ini, rakyat
sekadar dimomokkan dengan tema ketelusan, keterbukaan dan seumpama
dengannya yang didakwa diamalkan DAP. Penubuhan jawatankuasa CAT
(Competency, Accountability and Transparency) di peringkat DUN sebaik
Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, seakan-akan
membuktikan kebenaran tanggapan itu.
Tapi sebaliknya pula yang berlaku selepas puak-puak ini berkuasa.
Sepanjang 4 tahun ini, tidak banyak yang boleh disebut tentang ketelusan
dan keterbukaan DAP. Sebaliknya yang berlaku, Ketua Menterinya sedang
mencapai tahap dictator, sebarang kritikan (walaupun kecil), akan diugut
dengan saman.
DAP juga gagal mengendalikan perhubungan kaum dengan baik. Terang
dan jelas, keutamaan diberikan sepenuhnya kepada orang cina sementara
orang Melayu dipinggirkan.
Satu kajian pada 2011 menunjukkan, jumlah orang Melayu di bahagian
pulau menyusut sebanyak 70% sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri
pada 2008.
Ramai orang cina sendiri (terutama peniaga) yang tidak senang dengan
pendekatan ini kerana ia seolah-olah ‘mencuri’ pelanggan mereka. Umun
tahu bahawa orang Melayu adalah kuasa pengguna terbesar di Pulau Pinang,
sementara orang cina mengawal bidang perniagaan.
Taktik yang digunakan ialah dengan membeli tanah milik orang Melayu
dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan memaksa mereka
berpindah ke tanah besar.
Inilah juga sebabnya kenapa harga hartanah di Pulau Pinang, jauh
lebih mahal dari harga hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
Tidak hairan kenapa sepanjang tempoh 4 tahun ini, DAP gagal
melaksanakan satu projek perumahan kos rendah pun untuk keperluan rakyat
berpendapatan rendah dan sederhana.
Mana ada untung beli tanah mahal-mahal, selepas itu bina rumah kos rendah?
Kerakusan DAP tidak terhenti kepada tanah-tanah orang Melayu yang
dibeli, malah tanah yang sudah dirizabkan untuk pembinaan rumah kos
rendah pada zaman BN di jalan Zainal Abidin juga diserahkan kerajaan
negeri kepada pemaju untuk dibina sebuah hospital swasta.
Hakikatnya, hospital swasta itu belumpun mendapat kebenaran
Kementerian Kesihatan tapi hak rakyat untuk rumah kos rendah, sudah
dinafikan Guan Eng.
Terbaru, Gerakan negeri pula mendedahkan bagaimana Guan Eng gagal
menamakan Pengerusi Lembaga Tender Negeri yang baru seterusnya
menimbulkan persoalan adakah kroni Guan Eng dan DAP yang dilantik
menduduki jawatan tersebut atau Guan Eng sendiri terlibat secara
langsung dalam Lembaga itu.
Jika itu benar, tidak hairan kenapa Guan Eng menjadi kesayangan pemaju tapi menjadi kebencian rakyat dalam masa yang sama.
Selain dari itu, rakyat melihat sendiri susunan kegagalan Guan Eng
dan DAP sebagai Ketua Menteri dan parti memerintah melaksanakan janji
pilihanraya 2008. Masalah kesesakan jalan raya yang dijanjikan parti
tersebut untuk diselesaikan, masih berlarutan sehingga sekarang, malah
bertambah teruk.
Tol Sg Nyiur yang dijanjikan Guan Eng untuk dirobohkan dalam satu
demonstrasi yang diadakan pada 2007, masih beroperasi sehingga sekarang
dan banyak lagi sebenarnya kalau nak disebutkan disini.
Sementara BN negeri pula sedang mengalami proses evolusi
besar-besaran sejak Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatan Pengerusi BN
negeri kepada Setiausaha Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow.
Rakyat makin sedar, apa pun yang buruk dicakapkan DAP mengenai
pentadbiran terdahulu, satu yang diakui sendiri rakyat ialah BN tidak
pernah meminggirkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk
memiliki rumah.
Maka itu, biarkanlah DAP dan Guan Eng terlena dengan mimpi-mimpi
indahnya, sementara rakyat di bawah menanti sahaja masa untuk
menghumbankan anak kelahiran Johor tapi bermaustatin di Melaka ini
pulang ke tempat di mana dia sepatutnya berada.-Isuhot
No comments:
Post a Comment