Masuk Angin Keluar Asap. Bekalan Hampeh, Bil Mencanak!

Macam ni lah nasib rakyat Klate. 

Sudahlah bekalan air amat mengecewakan majority besar penduduk Kelantan, tiba-tiba bil air yang sampai pun naik mencanak. Tak ke naya rakyat Kelantan?
Diharap pihak Kerajaan Negeri Klate dan pengurusan bekalan air di Klate ambil berat terhadap isu ni.
Orang Kelantan kena kasi TUKAR kali ni..
PAS memerintah takda apa kebenda..

************************

Dengar kat Pok Nik, tak ke lagi sakit orang tua tu. Elok-elok je dia tengah rest di hospital sekarang ni.
TAL TUJOH (PASIR MAS)- Penduduk di Kampung Tal Tujoh berharap, pihak berkenaan menyiasat punca kenaikan bil, meskipun berlaku krisis air penghujung Jun lalu.

Penduduk, Wan Johar Wan Sulaiman berkata, bil air yang berakhir 9 Ogos lalu, dikatakan meningkat 20 peratus, ketika berlakunya krisis air.

Menurutnya, kebiasaannya, bil airnya hanya RM60 sebulan, namun ketika krisis air baru-baru ini, dia mendapati bil airnya mencecah sehingga RM85.

“Saya segera memeriksa meter air dan mendapati ia bergerak seumpama air sedang digunakan.

“Kini baru saya percaya kata-kata penduduk, walaupun air tiada, namun angin yang keluar, tetap perlu dibayar oleh pengguna,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia hanya dapat menggunakan air selama beberapa hari pada bulan lalu, namun bil yang diterima seumpama digunakan ketika musim perayaan.

Katanya, bil yang tiba 10 hari sebelum Aidilfitri ini, mengejutkannya kerana merasakan dirinya seumpama ditipu.

Katanya, dia yakin, bil untuk bulan Ogos ini, akan mencecah sehingga RM120 sebulan.

“Jika pihak berkenaan tidak menyiasat perkara ini, saya yakin lebih ramai penduduk akan berasa ditipu.

“Secara tidak langsung akan meningkatkan lagi perasaan tidak puas hati penduduk terhadap pihak berkenaan,” katanya, semalam.

Wan Johar berkata, mereka berharap pihak berkenaan sedia melupuskan bil ataupun memberi potongan harga bagi bil terdahulu, agar pengguna mendapat keadilan yang sewajarnya.-SH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...