Pakatan Haram Tak Berani Kerana Mereka Memang Kaki Penipu

Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tidak berani menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' untuk Hari Kemerdekaan tahun ini kerana banyak janji-janji mereka terhadap rakyat tidak ditunaikan.  

 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata dalam tempoh empat tahun lima bulan selepas pilihan raya umum ke-12, banyak janji pembangkang dalam manifesto mereka tidak dilaksanakan.  

 "Mungkin itu sebabnya mereka tak berani nak gunakan slogan (tema) itu," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keengganan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang dipilih oleh kerajaan persekutuan sebagai tema Hari Kemerdekaan negara tahun ini.  

 Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata berbeza dengan kerajaan persekutuan, tema itu dipilih kerana iamenunjukkan bahawa selama 55 tahun merdeka sehingga kini segala yang dijanji telah ditunaikan. 

 "Kita juga boleh nampak dengan jelas wujud ketidaksepakatan antara mereka untuk buat satu perkara paling mudah iaitu tema untuk meraikan hari kemerdekaan," katanya.  

 Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Kelantan dengan tema "Menerajui Perubahan" dan Kedah "Terus Berbakti" untuk sambutan kemerdekaan tahun ini.   Mengenai tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Mukhriz meminta pembangkang menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sebangsa.  

 "Saya ingat ia cuma slogan semata-mata dan digunakan hanya untuk menarik perhatian rakyat menjelang pilihan raya umum kelak," katanya. -Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...