PETALING JAYA- Disebabkan terdesak hendak menggunakan wang
untuk menyambut hari raya, seorang wanita yang bekerja di sebuah
syarikat keselamatan cuba melarikan wang sebanyak
RM1,800 dengan
menyembunyikannya di dalam seluar dalamnya.
Menurut sumber, suspek berusia 27 tahun berasal dari Kelantan itu
turut dikesan meletak sebahagian wang tersebut di dalam tong sampah bagi
memudahkannya menyeludup keluar wang tersebut dari bilik kiraan wang.
“Perbuatan jahat suspek terbongkar apabila sekeping not RM50 terjatuh
dari pakaiannya ketika pemeriksaan badan dilakukan ke atasnya selepas
tamat waktu bekerja,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, suspek pada mulanya tidak mengaku
bertanggungjawab ke atas kehilangan wang berkenaan namun setelah
didesak, dia mengaku menyembunyikannya di dalam seluar dalam manakala
separuh lagi wang di dalam tong sampah.
Suspek kemudiannya memberi alasan sengaja berbuat demikian kerana
suka-suka namun bertindak menukar pengakuannya dan mengatakan terdesak
mahu menggunakan wang untuk membeli barangan persiapan hari raya.
Pihak pengurusan tertinggi syarikat keselamatan itu mengambil
keputusan menyerahkan kakitangannya terbabit kepada polis untuk tindakan
selanjutnya manakala satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis
Daerah Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan wanita
itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.
A.S: PESANAN A.S, BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA UNTUK MENYAMBUT HARI RAYA INI. UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. BERBELANJALAH MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING.
INI JUGA DITUJUKAN KEPADA PAKATAN HARAM. USAHLAH DIJANJI BULAN DAN BINTANG SEDANGKAN KEMAMPUAN NEGARA TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKANNYA. KELAK, EKONOMI NEGARA YANG AKAN HANCUR BINASA.
SELAMAT HARI RAYA JUGA A.S TUJUKAN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI. SEBARANG KELEMAHAN DATANG DARI DIRI AKU SENDIRI DAN YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH TAALA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN..
No comments:
Post a Comment